Pemuliharaan alam sekitar yang kian uzur sekarang adalah sangat penting demi generasi akan datang. Oleh itu, syarikat teknologi terkemuka Xiaomi mengambil langkah untuk meraikan Hari Bumi dengan melakukan sesuatu yang bermakna.
Tidak sekadar mengucapkan “Selamat Hari Bumi’ di media sosial, Xiaomi mengambil pendekatan untuk turun sendiri ke pantai dan membersihkan kawasan sekitar yang dipenuhi sampah sarap.
#ShoringUpWithXiaomi – Xiaomi Thailand & Malaysia bantu bersihkan pantai
Pantai adalah kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan ramai. Namun, sayangnya kawasan ini selalu tercemar dek sampah sarap yang kian memenuhi persekitarannya.
Situasi ini jika dibiarkan kemungkinan kita tidak lagi dapat menikmati keindahan pantai dan bermandi-manda seperti selalunya. Lebih parah lagi kehidupan marin juga akan terjejas dek kerana sifat tidak bertanggungjawab sesetengah orang.
Jadi, sebagai tanda komited untuk menjaga kelestarian kawasan marin ini, ahli kelab peminat Xiaomi bersama kumpulan Xiaomi Thailand dan Malaysia telah turun ke pantai Bangsaen, Thailand dan Port Dickson, Malaysia untuk bersama-sama membersihkan persekitaran pantai tersebut.
Lebih istimewa lagi, program kali ini dijalankan dengan kerjasama PADI, organisasi diving terbesar dunia yang sentiasa komited dalam mengembalikan kelestarian marin sekaligus masa depan yang lebih mampan buat semua.
“Terima Kasih Xiaomi kerana menganjurkan acara yang sangat bermaknan ini, kita sama-sama dapat membersihkan pantai dan menjadikan kawasan sekitar lebih selamat untuk orang ramai” kata salah seorang peserta #ShoringUpWithXiaomi
Xiaomi juga komited untuk mengurangkan jejak karbon
Dalam usaha berterusan untuk melindungi kelestarian alam sekitar, Xiaomi juga mempergiat usaha bagi mengurangkan kadar jejak karbon.
Antara usaha yang dijalankan adalah dengan melancarkan perlindungan alam sekitar buat bahagian struktur telefon mudah alih dan aksesori yang berkaitan.
Buat korang yang ingin tahu lebih lanjut tentang usaha Xiaomi sustainability Xiaomi ini, silakan berkunjung ke laman web rasmi mereka di SINI.