![]()
Rasanya pasti para pembaca OHBULAN! sudah mendengar lagu dendangan Maya Karin berjudul Teka-Teki yang kini sering diputarkan di corong-corong radio bukan?
Selepas didengar berulang kali, lagu berentak catchy itu dilihat sesuai dengan suara Maya Karin yang sekaligus mendatangkan mood segar dan relax kepada pendengar.
Namun, apa yang menarik sebenarnya ialah Maya Karin bakal menghadiahkan 10 tiket eksklusif kepada peminatnya di showcase pelancaran lagu tersebut yang dijadualkan bakal berlangsung pada 1 April depan.
![]()
Maya Karin bakal adakan showcase pada 1 April depan
Menurut wakil Warner Music Malaysia, peminat akan dihiburkan dengan lebih kurang 6 buah lagu secara live di showcase tersebut.
Selain daripada itu, album Teka-Teki Maya Karin juga mengandungi peraduan cover album di mana anda boleh berkongsi idea menarik dengan menghantar cover album versi anda sendiri.
Pemenang bertuah akan dipilih dan hadiah menarik menanti anda! Kalau anda ingin tahu cara-cara untuk menyertai peraduan ini dengan lebih lanjut, jom kita beli album ini!





![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)
![[VIDEO] Syed Saddiq Dedah Hati Mula Berpaut Pada Bella Astillah Ketika Di Sabah – ‘Saya Nampak Sisi Dia Yang Berbeza’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2674.jpeg)