berita

‘Shuhada Ditumbuk Sebanyak Tiga Kali Pada Bahagian Muka’ – Ahli Keluarga

March 2nd, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Seorang ahli keluarga Nurul Shuhada iaitu isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi mengesahkan wanita tersebut menjadi mangsa keganasan rumah tangga sehingga mengalami kecederaan pada bahagian muka.

Artikel berkaitan: Isteri Hafidz Roshdi Masuk Hospital, Mohon Maaf Tak Dapat Beri Kerjasama

Berlaku dalam kereta

Menurut individu berkenaan yang enggan identitinya didedahkan, kejadian tersebut berlaku di dalam kereta berdekatan kawasan rehat dan rawat (R&R) di sekitar Sungai Buloh. Ujar individu tersebut, Shuhada tidak mengalami kecederaan yang tidak kritikal.

Saya difahamkan pergelutan berlaku antara mereka di dalam sebuah kereta berhampiran lokasi tersebut. Shuhada ditumbuk sebanyak tiga kali pada bahagian muka. Berikutan itu, dia dibawa ke balai polis untuk buat laporan.

Tambahnya lagi, keadaan Shuhada atau nama penuhnya Nurul Shuhada Mat Shukri setakat ini masih baik dan dibenarkan pulang untuk berehat di rumah.

Alhamdulillah keadaannya stabil cuma lukanya perlu dijahit dan dinasihatkan berehat di rumah. Selain itu, Shuhada juga melakukan rawatan lanjut bagi mengenal pasti tiada sebarang kecederaan serius berlaku seperti patah berlaku. Cuma, dia kini terkesan dengan apa yang berlaku.

Terdahulu,  Shuhada memuat naik InstaStory yang memaparkan dia mengalami kecederaan di muka dan memohon maaf tidak dapat dapat memberi sebarang respond kerana sedang menerima rawatan di hospital.

Sumber: Kosmo 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×