Pelawak dan penyampai radio popular, Shuib berkongsi hasil masakan isteri tercinta Watie Hanafiah di Instagram miliknya buat tatapan umum.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watie Pujuk Anak Tiri Merajuk Dapat Pujian – ‘Mata Netizen Dah Terbuka Luas’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuib Bawa Watie Makan Siput Sedut Di Kedai Kegemaran Siti Sarah -‘Penuh Kenangan, Masa Bercinta Dulu’
Menu mi segera
Menerusi kemas kini terbaharu di laman sosial tersebut, Shuib atau nama sebenarnya Muhammad Shahmira memuat naik sekeping foto masakan mi segera yang disediakan oleh Watie.
Menurut Shuib, makanan yang disediakan isterinya itu buat mengisi perutnya yang lapar di waktu malam.
Dalam pada itu, Watie yang juga usahawan sempat meninggalkan komen di ruangan balas dengan berseloroh mengatakan, dalam pelbagai menu yang dimasak tetapi menu mi segera yang dikongsikan dalam media sosial.
Haha dalam banyak-banyak yang bini masak, ini jugak yang suami masukkan (muat naik dalam media sosial). Nampak sangat maggi (jenama mi segera) itu yang terpaling sedap.
Sementara itu, Shuib menerusi satu hantaran di Instagram Story pula dilihat menikmati masakan tersebut sehingga makan dengan ‘licin’.
Terliur, kongsi resepi
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya memuji sikap Watie yang sudi melayani kerenah suaminya selain ramai yang terliur dengan masakan berkenaan.
Dalam pada itu, ada juga segelintir wargamaya yang meminta Watie untuk berkongsi resepi masakan tersebut yang dianggap ‘rare’ kerana meletakkan sayur taugeh di dalamnya.
Sumber: Instagram