berita

Shuib Kembangkan Bisnes Buka Restoran ‘House Of Patin Melaka’, Bidang Seni Tetap Terus Aktif

January 2nd, 2024 | by Zulaikha
Kini Trending

shuib patin house

‘Tidak pernah kenal erti penat’, perumpamaan yang sesuai untuk pelawak dan usahawan Shuib. Untuk tahun 2024, Shuib terus melebarkan sayap dalam dunia perniagaan dengan membuka sebuah restoran makanan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shuib Sudah Selesaikan Isu KWSP Pekerja, Syukur Pelanggan Setia Membeli – ‘Kedudukan Kewangan Makin Stabil, Sambutan Luar Biasa’

Artikel Berkaitan: Didakwa Tak Bayar Caruman KWSP Pekerja, Ini Respon Shuib – ‘Saya Akan Berbincang Dengan Pihak Pengurusan Bubblebee’

Fokus dengan bisnes

Shuib Restoran House of Patin Melaka 2

Menurut Shuib, dia memilih untuk memberi fokus terhadap bisnes dan salah satunya adalah Restoran House of Patin Melaka. Namun kata Shuib, itu tidak bermaksud dirinya akan terus senyap dalam bidang seni.

Bekas penyampai radio ini akan menerima tawaran sekiranya bersesuaian dengan jadual.

Tahun 2024 saya menumpukan lebih fokus terhadap bisnes. Banyak perkara saya nak buat, membuka Restoran House of Patin Melaka adalah salah satunya.

Berundur diri sebagai penyampai radio dan mahu fokus bisnes bukan bermakna saya terus senyap dalam industri seni. Saya masih aktif, cuma mungkin ada tawaran yang saya boleh jayakan dan ada yang terpaksa saya tolak kerana kekangan masa dan kerja.

Kini, setiap minggu saya ada kerja di luar daerah kerana menguruskan bisnes. Saya sedang dalam perancangan untuk melebarkan sayap lagi dalam bidang perniagaan tetapi industri seni itu memang tak akan saya lupakan. Jika kena dengan jadual, pasti akan saya jayakan.

Hidangan mesra poket

Shuib Restoran House of Patin Melaka

Bercerita mengenai Restoran House of Patin Melaka, restoran yang sudah dibuka selama sebulan ini diusahakan bersama dua rakan kongsi.

Bapa kepada empat orang anak menyatakan harga yang ditawarkan untuk setiap hidangan sangat berpatutan di samping bersyukur kerana menerima sambutan yang baik daripada pengunjung.

Restoran ini saya usahakan bersama dua orang rakan kongsi. Ia terletak di Kampung Hulu, Melaka. Di tempat yang sama sebelum ini, kami mengusahakan restoran lain namun ia telah menjalani proses penjenamaan semula dan lahirlah Restoran House of Patin Melaka.

Setakat ini, sambutan yang kami terima amat baik. Kami menyediakan pelbagai hidangan lazat yang mesra dengan semua golongan, tak kira orang biasa atau mereka yang mahukan sesuatu yang agak mahal.

Seperti semua orang tahu, ikan mempunyai banyak jenis, ada yang murah, ada yang mahal dan kami menyediakan hidangan yang mesra poket. Jika mereka mahukan sesuatu yang mampu milik dan lazat atau hidangan yang mahal, kami menyediakannya dan menjaga kualiti menu yang kami sajikan.

Majlis perasmian Restoran House of Patin Melaka disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Dalam pada itu, pemilik nama Shahmira Muhammad, juga teruja apabila bakal mengembangkan perniagaan minuman Bubble Bee bermula dengan negara jiran.

Saya teruja kerana kini saya dalam perancangan untuk mengembangkan bisnes Bubblebee ke luar negara. Antara negara yang sedang kami intai ialah Thailand, Singapura dan Brunei, Insya-Allah. Banyak yang perlu saya lakukan kerana saya sudah merancang untuk memajukan bisnes ini sejak tahun lalu.

Bukan mudah tetapi saya suka cabaran, saya suka kemenangan dan saya suka bermula bawah. Untuk membina jenama bukanlah mudah, tapi saya gemarkan pengalaman dan cabaran itu. Jadi jika jenama yang saya bangunkan menjadi, ia menjadi kepuasan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

SKIP THIS AD ×