Pelakon dan pelawak, Shuib meluahkan rasa terharu kerana hasrat arwah isterinya untuk menyiapkan sebuah dewan serbaguna buat anak-anak yatim dan penduduk di sekitar Baitul Sakinah As-Shariff akhirnya termakbul.
Kali pertama datang tahun lalu
12 March 2022, kali kedua datang ke Baitul Sakinah As-Shariff ni. Tapi kali ni datang dengan mertua dan anak-anak. Kali pertama datang sini pada 25 Julai 2021 bersama dengan arwah isteri tercinta @sitisarahraissuddin, datang berdua. Saya yang drive. Sepanjang perjalanan kami karaoke, nyanyi macam-macam lagu. Seronok sangat. Bahagia rasa. Alhamdulillah. Sampai saja sini di sambut oleh Tuan Haji Fadhil (individu yang menjaga tempat ni). Lepas tu jumpa anak-anak yatim yang ada dekat sini.. Habis semua tempat kami tour. Tempat cantik, besar dan bersih. Arwah terlalu seronok jumpa anak-anak dekat sini. Kemudian diberi peluang untuk memberi sumbangan bagi menyiapkan Musolla dan Dewan Serbaguna yang masa tu dalam 70 peratus pembuatan.
Menurut Shuib, arwah mahu menyumbang dan melihat Musolla dan dewan di Baitul Sakinah siap sepenuhnya. Tambah Shuib, arwah juga tidak sabar untuk melihat anak-anak yatim di sana dan orang kampung menggunakan segala kemudahan yang disediakan. Ujar Shuib, dia tidak sangka arwah pergi dahulu sebelum dapat melihat hasil yang diimpikannya.
Arwah nak sangat Musolla dan dewan ni siap sebba dewan ni selain dari anak yatim dekat sini guna, orang kampung yang duduk berhampiran pon boleh guna. Allah Maha segalanya. Hari ni bila ianya sudah pon siap arwah dah pun pergi untuk selamanya. Tapi rezeki arwah, dia diberi penghormatan bila mana Musolla dan Dewan ni di letakkan nama Sarah dan gabungan 2 lagi nama individu. Maka diberi lah nama Musolla dan Dewan Serbaguna Sarah Muslim Al-Attas.
Hadiah buat sayang
View this post on Instagram
Shuib turut meluahkan rasa syukur dan gembira apabila dewan serbaguna yang dibina itu diletakkan nama Sarah dan dua individu lain. Ujar Shuib, ianya merupakan hadiah buat arwah. Sepanjang hidup bersama, Shuib memberitahu arwah Siti Sarah selalu mengajarnya erti sedekah. Bahkan, arwah turut memberitahu bahawa pahala sedekah akan terus mengalir sekiranya seseorang individu terus melakukannya.
Sumber: Shuib