Konflik rumah tangga antara pelawak Shuk Sahar dengan isterinya Fara Salleh dilihat masih lagi tidak berkesudahan.

Artikel Berkaitan: Fara Salleh Mohon Shuk Bertanggungjawab, Kesal Nada Diazan & Iqamat Selepas Lima Hari – ‘Ini Bukan Anak Haram’

Artikel Berkaitan: Fara Salleh Selamat Melahirkan Bayi Perempuan, Tiga Hari Bertarung Nyawa

Beri nafkah

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story, Shuk atau nama lengkapnya Mohamad Shukri Mohamed Sahar, 39, hilang sabar apabila Fara mengaitkan isu kelahiran anak mereka dengan ibu bapanya.

Tidak berdiam diri, Shuk kemudian tampil membela diri dengan memberi amaran kepada Fara.

Sekali lagi jangan kau petik nama mak ayah aku, jangan main gila dengan aku..usik aku sahaja bukan mereka.

Aku diam bukan sebab aku takut tapi sebab aku malas layan drama buka aib kau.

Tunjuk bukti

Dalam masa yang sama, Shuk juga mengemukakan bukti transaksi bank sebagai nafkah yang diberikannya kepada Fara selain menanggung kos rawatan jantung, umrah dan percutian ke luar negara.

Nak tengok setiap bulan aku abaikan ke tak?

RM15,000 duit jantung, RM10,000 duit pergi umrah dan RM75,000 duit pergi Europe.

Sebagai persediaan untuk bersalin, Shuk juga telah memberikan wang sebanyak RM5,000 kepada isterinya itu.

Terdahulu, Fara memaklumkan bahawa dia telah selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Elaine Nada pada 26 Jun lalu.

Sekadar info, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Fara pada November 2023.

Shuk juga pernah berkahwin dengan Rossa Sera sebelum bercerai pada 22 Mac 2023 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu, Nur Qurratu Ain, dan Nur Assyifatu Aimi.

Sumber: Instagram Shuk Sahar