Pelakon, Shukri Yahaya mendedahkan dirinya mempunyai fobia dengan ketinggian dan berasa gayat jika berdiri di kawasan yang tinggi.

Artikel Berkaitan: Shukri Yahaya Semakin Rajin Mengaji Selepas Isteri Pakai Niqab – ‘Dia Beri Saya Aura Yang Positif’

Artikel Berkaitan: ‘Kita Dah Terlalu Jauh, Rata-Rata Sekeliling Kita Adalah Maksiat’ – Tya Adnan

Fobia ketinggian

Disebabkan masalah itu, pemilik nama lengkap Mohd Shukri Yahaya, 36, terpaksa menggunakan khidmat pelakon lagak ngeri atau ‘stunt man’ untuk beberapa babak dalam filem Balas Balik lakonannya.

Saya sebenarnya takut dengan ketinggian, kalau perasan ada babak turun dari bangunan itu saya minta tolong ‘stunt man’.

Saya risau jika saya buat juga takut tersalah langkah dan mungkin boleh mendatangkan bahaya.

Saya memang takut dan fobia dengan ketinggian. Naik roller coaster pun saya tidak berani, rasa gayat.

Shukri berkata demikian ketika ditemui di Malam Gala Tayangan filem Balas Balik yang diadakan di ibu kota, baru-baru ini.

Berkongsi lanjut mengenai naskhah arahan Feroz Kader itu, Shukri memberitahu penggambaran berlangsung selepas pandemik Covid-19 beberapa tahun lalu dan ketika itu berat badannya naik mendadak.

Penggambaran filem ini tidak silap saya tiga tahun lalu, selepas pandemik Covid-19. Ini tawaran pertama saya terima selepas Covid-19. Berat badan saya agak naik ketika itu, sebab duduk rumah makan sahaja.

Berat saya dalam 80 kg seingat saya dan itu merupakan paling berat pernah saya cecah. Sebenarnya tak sempat pun nak ‘prep’ badan sangat, terus masuk lokasi.

Selain Shukri, Balas Balik turut dibintangi Tony Eusoff, Adam Lee, Isyariana, Marissa Yasmin, Zarul Umbrella dan ramai lagi.

Balas Balik kini sudah mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 29 Mei.