berita

‘S***i Begini Aku Dah Pancung Kepala Dia’ – Dianggap Perlekeh Malaysia, Ini Respon Pedas Tiz Zaqyah

September 2nd, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Sebut sahaja nama Tiz Zaqyah pasti semua orang sudah mengenali aktres cantik jelita yang sangat ramah dengan berbalas komen bersama para peminat di media sosial.

Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila Tiz Zaqyah seakan ‘tidak senang’ dengan komen yang ditinggalkan seorang pengguna media sosial.

Respon Tiz Zaqyah

Menerusi perkongsian Tiz Zaqyah di Twitter, dia memuatnaik screenshoot komen yang ditinggalkan oleh seorang pengikutnya di salah satu gambar dimuatnaik Tiz di Instagram. Di ruangan komen tersebut, pengikut berkenaan memberi respon terhadap kapsyen yang ditulis Tiz dan dia beranggapan aktres itu seolah-olah merendah-rendahkan tempat pelancongan dalam Malaysia.

Kenapa Malaysia je? Kenapa mesti ada je kat belakang? Low class sangat ke holiday dalam Malaysia.

Berikutan daripada itu, Tiz telah meluahkan rasa tidak puas hati dengan respon berkenaan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna Twitter meminta supaya aktres terkenal itu tidak menghiraukan komen-komen negatif daripada haters.

‘Jangan layan, biar je dia’

Netizen tak puas hati

Sumber: Tiz Zaqyah

SKIP THIS AD ×