berita

Si Ibu Menanggung Kesakitan & Kesedihan Perginya Anak Yang Baru Dilahirkan

June 8th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sepasang suami isteri terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan sebelum melahirkan cahaya mata mereka. Namun kesedihan yang terpaksa ditanggung mereka selepas anak yang baru dilahirkan itu meninggal dunia.

Kisah sedih pasangan ini dikongsikan oleh Abam Botak menerusi Facebook miliknya. Kejadian yang berlaku di Sandakan Sabah ini sungguh menyentuh hati pembaca.

Bayar deposit sebelum masuk wad

Ibu dan ayah ini daripada Estet Sukau. Mereka bergegas ke Hospital Bukit Garam kerana ingin menyambut kelahiran anak yang mereka cintai dan kasihi. Laluan yang mereka lalui untuk ke Hospital juga sangat jauh.

Seperti biasa mereka perlu membayar wang deposit sebanyak RM800 ringgit terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk ke dalam wad. Namun mungkin kerana ada sedikit masalah. Ibu yang sedang kesakitan melahirkan anak ini, terpaksa dipindahkan ke Hospital Sandakan pula dengan menaiki ambulan.

Meninggal dunia semasa dalam perjalanan

Malangnya, semasa dalam perjalanan. Anak yang hendak dilahirkan itu telah pun meninggal dunia. Sampai di Hospital Sandakan, sebelum masuk wad. Seperti biasa perlu membayar wang deposit RM2000 lagi sebelum dibenarkan masuk wad.

Berkali-kali si ayah hubungi kami. Minta tolong sangat-sangat dan pastikan kami dapat membantu mereka. Minta uruskan jenazah anak mereka. Minta Solatkan jenazah anak mereka. Minta carikan tanah kubur untuk anak mereka dan minta kebumikan serta bacakan doa untuk anak mereka.

Ketika itu pula, terdapat dua lagi jenazah di lokasi berbeza yang perlukan bantuan kami. Mujur Alhamdulillah, ketika itu di hospital ada seorang Ustazah yang dapat membantu. Mengkafankan dan memandikan anak kecil itu. Dan Alhamdulillah juga ada seorang Ustaz yang tolong menyembahyangkan jenazah anak kecil itu.

Tiada gelaran buat ibu bapa kehilangan anak

Allah permudahkan segala-galanya. Kami juga berkesempatan menolong mengebumikan anak kecil itu. Si ibu masih lagi kesakitan di dalam wad. Menanggung kesakitan melahirkan anak. Dan menanggung kesedihan perginya anak yang dicintai. Dalam masa yang sama pula tidak dapat melihat anaknya dikebumikan buat kali terakhir.

Bagi anak yang kematian ibu dan ayah. Mereka akan digelar anak yatim. Namun bagi ibu dan ayah yang kematian anak. Tiada gelaran yang dapat diberikan kepada mereka. Semoga Allah merahmatimu nak! sambutlah tangan ibu dan bapamu nanti nak! Anak syurga. Amin.

Sumber: Abam Botak

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×