berita

Si Kudung Penyamun Dobi Terima Padah, Meringkuk 12 Tahun Dalam Penjara

October 12th, 2018 | by faris
Kini Trending

Heboh di media sosial bulan lalu apabila jenayah samun di sebuah kedai dobi di Sungai Petani, Kedah berjaya dirakam kamera litar tertutup premis berkenaan. Wajah penjenayah berkenaan jelas, malahan akaun Facebook suspek turut didedahkan, memudahkan tugas polis mengesannya.

Apa nasib yang menimpa suspek setelah hampir sebulan kes berlaku?

Mengaku salah 3 pertuduhan

Tertuduh, Mohamad Zulfikar Nazriq Mohd. Zahir menerima akibat perbuatannya itu apabila dia dijatuhi hukum penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen Sungai Petani semalam.  Dia yang mengaku salah terhadap tiga pertuduhan itu turut dijatuhi sembilan kali ­sebatan.

Tertuduh yang kudung kaki kanan dan berstatus orang kelainan upaya (OKU), me­ngaku bersalah selepas pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.

Hadapi 3 pertuduhan

Bagi pertuduhan kedua, kedua-dua tertuduh didakwa merompak secara berkumpulan bersenjatakan parang di sebuah kedai dobi di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani pada 7 pagi, 11 September lalu. Tertuduh telah menyamun barang kemas dan barangan peribadi milik wanita berusia 37 tahun itu.

Manakala bagi pertuduhan ketiga, mereka didakwa melakukan rompakan berkumpulan juga menggunakan parang di sebuah kedai 24 jam di Jalan Kelab Cinta Sayang, Sungai Petani, pada jam 7.15 pagi, 11 September lalu.

Tertuduh telah menyamun wang tunai sebanyak RM1,500, telefon bimbit dan aksesori lain milik seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.

Sumber: Kosmo Online, Astro Awani

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.

Most Read Today