berita

Siap Ada Gambar Sendiri, Netizen Gelak Besar Tengok ‘Sijil’ Pemberian Menteri Ini

December 17th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah mengadakan satu program Program Back to School 2020 dan Pengumuman Kemasukan Ke MRSM 2020 di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan (KKTM) di Kuantan Pahang. Usaha ini bagi meraikan pelajar-pelajar yang berjaya masuk ke Maktab Rendah Sains Mara dan juga memberi sumbangan kepada sebilangan pelajar yang layak.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah surat tawaran atau sijil yang diterima pelajar memaparkan foto YB DS Rina Mohd Harun yang kelihatan agak besar. Fuh dari jauh pun boleh nampak!

Dana sebanyak RM200K

Program Back to School 2020 dan Pengumuman Kemasukan Ke MRSM 2020  merupakan anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang dirasmikan oleh YB DS Rina Mohd Harun Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan (KKTM) di Kuantan Pahang.

Turut hadir bersama adalah YBhg Dato’Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA dan YBhg Dato’ Rubiyah binti Abd Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA. Jumlah keseluruhan pelajar yang menerima bantuan Program BTS [email protected] bagi seluruh negeri Pahang adalah seramai 2,520 orang dengan peruntukan sebanyak RM201,600.00.

YB Menteri berkesempatan menyampaikan sendiri kaki palsu kepada adik Nurul Hasrina Adnan, pelajar tingkatan 5 Sek. Men. Keb. Paya Besar, Kuantan.

Dikritik netizen

Manakala, seramai 29 pelajar dari Pahang turut telah menerima surat tawaran kemasukan MRSM dari YB Menteri sendiri pada majlis sama.

Namun, sijil kemasukan itu menerima kritikan orang ramai yang rata-ratanya pertikaikan foto besar menteri tersebut. Malah, ramai yang terhibur dengan grafik pada sijil itu. Lawak lah!

Jarang sijil ada gambar orang

Syok sendiri

Sumber : Kementerian Pembangunan Luar Bandar