berita

Siap Balut Cantik-Cantik, Pengantin Terkejut Rakan Bagi Hadiah Kahwin Tong Gas

March 22nd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Setiap kali di majlis perkahwinan, pengantin mesti akan dapat hadiah daripada rakan-rakan ataupun sedara-mara yang hadir. Antara hadiah yang sering menjadi pilihan pemberi hadiah adalah peralatan elektrik dan perkakas dapur seperti set cawan, pinggan mangkuk dan periuk.

Pakat dengan member hadiahkan tong gas siap balut cantik lagi

Hadiah lain daripada yang lain. Sekumpulan lelaki ini telah membeli tong gas sebagai hadiah istimewa sempena perkahwinan kawan mereka. Menerusi video yang dikongsi di Tiktok itu, tong gas tersebut diletakkan di dalam kotak serta dibalut dengan cantik.

Gigih bawa tong gas pergi majlis perkahwinan

Ketika di majlis perkahwinan kawan mereka, dua orang daripada kawan mereka telah membawa hadiah tersebut dengan berhati-hati kerana berat dan besar. Mereka juga turut mengambil gambar bersama pengantin bersama tong gas yang mereka hadiahkan. Entah apa yang bermain di fikiran pengantin baru saat menerima hadiah ‘besar’ dari rakan-rakan.

‘Mesti pengantin tu fikir peti ais’

Kebanyakan netizen terhibur dengan gelagat mereka. Ada juga yang menyifatkan bahawa ianya idea yang bagus kerana boleh diguna dan merupakan keperluan asas.

Video penuh

@amirulyaacob_Fyp gak ni? Kita laki maaa kita beli beras!?? ##wedding ##paket ##ashiap ##fyp? ##fypgakni? original sound – Masbro!

Sumber : amirulyaacob_

SKIP THIS AD ×