berita

Siap Berkompang Macam Kenduri Kahwin, Tradisi Kejut Sahur Unik Di Sabah Ini Tarik Perhatian

May 7th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Apabila Ramadan menjelma, pasti ramai dalam kalangan kita akan throwback nostalgia aktiviti kejut sahur di kawasan perumahan. Setiap negeri pasti berbeza caranya, ada yang hanya menjerit ‘sahur, sahur’ dan ada pula pukul kompang berarak ke setiap rumah.

Siapa kata aktiviti ini telah ditelan zaman moden ini? Aktiviti sahur sebegini masih menjadi tradisi di Tawau, Sabah menerusi sebuah video dimuat naik pengguna Twitter, Daussh. Memang bestlah! Siap bawa gitar lagi.

Cara orang Tawau kejut sahur

Video berdurasi 30 saat yang dimuat naik Daussh ini mendapat pujian netizen terhadap tradisi yang masih dikekalkan penganut Islam untuk mengejutkan orang lain bangun bersahur. Ramai netizen merindui aktiviti sebegini yang suatu ketika pernah mewarnai pengalaman kita suatu ketika dahulu.

Bermain gitar dan menyanyi

Sekumpulan anak muda berjalan mengelilingi kawasan perumahan satu demi satu sambil bermain gitar dan menyanyi. Difahamkan aktiviti tersebut merupakan satu tradisi masyarakat di Tawau sejak 50 tahun dahulu lagi.

Orang Tawau memang begini

Nasib baik jantung dah steady

Sumber: Daussh

SKIP THIS AD ×