berita

Siap Cium Kaki, Lakonan Ellie Suriaty Dalam ‘Ayat Dari Langit’ Buat Ramai Terkejut!

April 17th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Baru-baru ini tular mengenai aksi babak Ellie Suriaty yang menjirus kaki seorang lelaki lalu mencium kaki tersebut membuatkan para netizen terkejut dengan lakonannya.

Babak cium kaki

Menerusi video yang tular di media sosial dikongsikan oleh bambam_studios di akaun Instagramnya, babak Ellie yang sedang menjirus air lalu mencium kaki lelaki itu menjadi perbualan hangat kerana terkejut melihat Ellie mencium kaki seorang lelaki tanpa rasa geli.

Babak yang tidak disangka sehingga mencium kaki lelaki itu dilakonkan oleh Ellie dalam telefilem terbaru iaitu Ayat Dari Langit menjadi perbualan hangat para netizen.

Umum tahu, lakonan Ellie memang hebat dan berani melakukan apa sahaja babak dan watak yang diberikan tanpa rasa kekok. Walau bagaimanapun, selain daripada babak mencium kaki terbabit, dialognya bersama Puteri Sarah Liyana yang menghalalkan zina juga menarik perhatian netizen.

Telefilem ‘Ayat Dari Langit’ arahan Rashid Sibir akan ditayangkan pada malam ini jam 9 malam di Astro Citra.

‘Apabila taksud menguasai diri segalanya halal’

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bambam Studios (@bambam_studios)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bambam Studios (@bambam_studios)

‘Gila dia cium kaki tu betul-betul’

Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet terkejut mengenai babak yang dilakonkan oleh Ellie serta ada yang risau jika cerita sebegini ditayangkan. Ada juga sesetengah warganet yang risau mengenai perasaan suami Ellie terhadap lakonannya isterinya itu.

Sumber : bambam_studios

SKIP THIS AD ×