berita

Siap Pergi ‘Picnic’ Semasa PKPB & Tak Pakai Mask, Young Syefura Didesak Letak Jawatan

November 10th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, YB Young Syefura, mendesak ahli politik yang gagal mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan, untuk meletakkan jawatan di saat kes Covid-19 menunjukkan peningkatan yang drastik.

Terbaru, Syefura turut terkena tempias yang sama, apabila beliau sendiri dikatakan gagal patuh akan SOP yang sedia.

Pergi ‘bercuti’

Menerusi platfom Instagramnya, beliau sempat memuat naik sekeping gambar sedang ‘berkelah’ di Avani Sepang GoldCoast Resort, namun, gambar tersebut sudah dipadam olehnya. Gambar tersebut meraih kecaman netizen, kerana kesemua individu yang berada di dalam gambar tersebut, tidak memakai pelitup muka, dan tidak ada sebarang penjarakan sosial antara mereka yang sepatutnya dipraktikkan.

Tambahan pula, di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, perjalanan antara negeri dan antara daerah dilarang kecuali mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa. Akitivit berkelah juga dilarang berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Nasional (MKN), bersama aktiviti pelancongan yang melibatkan perjalanan masuk dan keluar dari kawasan PKPB.

Tampil mohon maaf

Berikutan insiden terbabit, Syefura menerusi tweetnya, memohon maaf jika tindakannya melanggar SOP Covid-19. Jelas beliau, kelebihan menjadi sebagai seorang wakil rakyat tidak menjadi ‘lesen’ kepadanya untuk bergerak bebas.

Tidak berakhir di situ, beliau sanggup disiasat oleh pihak berkuasa, jika tindakan yang dilakukan olehnya melanggar SOP pihak kerajaan.  Tweet tersebut meraih kecaman warganet yang menghentam tindakannya yang seolah-olah ingkar arahan PKPB.

Letak jawatan

 

Sumber: Twitter

SKIP THIS AD ×