berita

‘Siapa Ambil Maddy Kami?’ – Sudah Lebih 12 Tahun, Kehilangan Anak Kecil Ini Masih Menjadi Misteri

November 21st, 2019 | by Shira
Kini Trending

Seorang pengguna Facebook, Jack Lester menerusi posting menceritakan kembali kronologi kehilangan seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang sehingga kini masih menjadi tanda tanya. Kanak-kanak perempuan itu dikenali dengan nama Madeleine dikatakan telah ‘diculik’ ketika dia bersama keluarganya serta rakan-rakan ibu bapanya sedang bercuti di Portugal. Kejadian misteri ini berlaku pada 3 Mei 2007 di salah sabuah apartment yang mereka diami.

Tinggal anak dalam bilik

Pasangan Gerry dan Kate McCann ni adalah doktor. Diaorang berdua mula bertemu pada tahun 1993 dan berkahwin lima tahun kemudian. Seterusnya, lahirlah Madeleine (2003) dan pasangan kembar lelaki dan perempuan (2005). Pada 28 April 2007, keluarga McCann fly ke Portugal bersama tujuh orang lagi rakan diaorang. Destinasi percutian tu bertempat di Praia da Luz, Portugal.

Diaorang semua menginap di sebuah bangunan apartment yang sama tetapi berlainan bilik dengan pasangan McCann tinggal di bilik apartment bernombor 5A. Sepanjang percutian, hampir setiap malam Gerry dan Kate akan menidurkan anak-anak diaorang terlebih sebelum keluar untuk pergi makan malam di restoran tapas yang jaraknya hanya 55 meter dari bangunan apartment. Perkara yang sama juga dilakukan oleh Tapas Seven (gelaran diberikan media kepada tujuh orang rakan pasangan McCann).

Pasangan McCann dan Tapas Seven ni meninggalkan anak-anak diaorang dekat apartment masing-masing yang tidak berkunci. Diaorang memakai satu sistem penggiliran. Lebih kurang setiap 30 minit, salah seorang daripada diaorang ni akan pergi ke apartment untuk memeriksa serta memantau keadaan.

Keadaan normal

Pada awal percutian, sistem tu berjalan dengan baik tanpa ada sebarang masalah. Hinggalah malam 3 Mei 2007, mimpi ngeri yang sebenar untuk pasangan McCann. Jam 8.30 malam, Gerry dan Kate pergi ke restoran tapas dan meninggalkan Madeleine serta anak kembar diaorang.

Pasangan McCann dan Tapas Seven enjoy the moment di restoran tapas tu buat seketika. Jam 9 malam, pemantauan pertama dilakukan oleh salah seorang daripada Tapas Seven iaitu Matthew Oldfield. Selepas tu, seorang demi seorang pergi memeriksa di apartment. Everything is normal. Ingat! diaorang check semua apartment. Bukan apartment sendiri je.

Jam 10 malam, tibalah giliran Kate. Once masuk apartmentnya tu, Kate dah rasa lain macam. Pintu bilik, tirai serta tingkap dalam keadaan sedikit terbuka luas berbanding semasa dia keluar dari apartment tersebut. Kate pun lekas masuk ke dalam bilik tidur anak-anaknya. Dia sedikit lega bila melihat si kembar masih lagi nyenyak tidur. Rasa panik terus menyelubungi Kate selepas mendapati Madeleine tiada dalam bilik tersebut. Puas Kate mencari di apartmentnya tetapi Madeleine langsung tak kelihatan.

Kate berpatah balik ke restoran. Dia menjerit ‘Madeleine dah hilang!’, ‘Diaorang dah culik Madeleine!’. Keadaan terus menjadi kelam-kabut. Hampir semua kakitangan di resort tu dikerah untuk mencari Madeleine. Polis tempatan tiba pada jam 11 malam untuk mendapatkan keterangan awal daripada pasangan McCann.

Tiada unsur jenayah

Siasatan yang diketuai Inspektor Goncalo Amaral tu tertumpu kepada pemeriksaan di kawasan apartment. Pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan tiada sebarang elemen penculikan.

Sementara tu, pasangan McCann memang mengesyaki bahawa Madeleine telah menjadi mangsa penculikan. Pada masa yang sama, diaorang tak berpuas hati dengan progres siasatan yang dijalankan oleh polis tempatan. Jadi sebagai langkah awal, pasangan McCann mengambil jalan tersendiri dengan menghubungi saudara mara diaorang yang berada di Britain. Saudara mara diaorang tu pula menghubungi stesen media UK. Maka, bermula saat itulah kes Madeleine mendapat liputan yang meluas di seluruh dunia.

Lakaran wajah ‘lelaki misteri’

Berdasarkan siasatan awal polis tempatan, satu-satunya petunjuk penting dalam kes ni adalah dua penampakan seorang ‘lelaki misteri’. Saksi pertama iaitu Jane Tanner daripada Tapas Seven mendakwa ada berselisih dengan ‘lelaki misteri’ pada jam 9.15 malam kejadian semasa dia on the way ke apartment. Lelaki misteri yang berambut gelap serta memakai jaket tu berjalan dalam keadaan mendukung seorang kanak-kanak perempuan seakan menyerupai Madeleine.

Saksi kedua pula adalah keluarga Smith yang merupakan pelancong dari Ireland. Dalam jam sekitar 10 malam, diaorang mendakwa ada melihat seorang lelaki misteri sedang mendukung kanak-kanak perempuan berambut perang yang dianggarkan berusia 3 ke 4 tahun. Apa yang membezakan penampakan Jane dan keluarga Smith adalah gambaran wajah lelaki misteri tersebut.

Selepas risikan serta siasatan dibuat, polis tempatan berjaya mengenal pasti lelaki misteri yang digambarkan oleh Jane Tanner adalah Robert Murat iaitu seorang perunding hartanah berusia 34 tahun. Robert Murat yang kemudiannya ditahan telah disoal siasat oleh pihak polis tempatan selama 19 jam. Namun, tiada sebarang bukti untuk mengaitkannya dengan kehilangan Madeleine.

Keluarga disyaki terlibat

Pasangan McCann teguh dengan pendirian diaorang bahawa Madeleine telah diculik. Disebabkan masih rasa tidak berpuas hati dengan siasatan polis tempatan Portugal, diaorang pun melancarkan kempen tersendiri. Salah satu daripada kempen tu adalah meminta derma. Satu tindakan yang dikritik oleh ramai pihak.

Seperkara lagi, Gerry dan Kate telah melancarkan satu laman web khas untuk mencari Madeleine. Sejak terciptanya laman web tu, pasangan McCann menerima begitu banyak mesej maklumat tentang Madeleine. Namun, semua maklumat tu sia-sia. Tiada satupun yang membantu perkembangan kes.

Kemuncak kes ni sebenarnya adalah dengan kehadiran dua ekor anjing pengesan khas yang terlatih dari Britain bernama Eddie dan Keela. Eddie dan Keela yang dibawa masuk ke dalam apartment 5A telah menyalak pada kawasan lantai sofa yang berdekatan dengan tingkap ruang tamu. Seterusnya, dua ekor anjing tu ada mengesan bau pada bahagian but kereta yang disewa oleh pasangan McCann tiga minggu selepas kehilangan Madeleine.

Asbab tu, Inspektor Goncalo Amaral mengemukakan teori awal bahawa Madeleine telah mati akibat satu insiden yang tidak disengajakan iaitu terjatuh di bahagian lantai sofa ruang tamu. Pasangan McCann yang panik telah bertindak melupuskan mayat Madeleine di tempat lain. Pasangan McCann kemudian ditahan untuk disoal siasat. Atas nasihat peguam, diaorang berdua tidak menjawab soalan meskipun sesi soal siasat berjalan berjam-jam lamanya.

Satu lagi teori lain adalah pasangan McCann dan Tapas Seven sengaja cover up kematian Madeleine. Semua tindakan sudah dirancang dari awal. Masing-masing ingin lepaskan tengkuk.

Banyak lompong dalam siasatan

Bulan Oktober 2007, Inspektor Goncalo Amaral telah diberhentikan daripada mengetuai siasatan kes kehilangan Madeleine. Goncalo begitu kecewa kerana dialah yang membina siasatan dari awal. Inspektor Paulo Rebelo kemudian dinamakan sebagai pengganti Goncalo. Seterusnya, pasangan McCann dan Robert Murat digugurkan sebagai suspek ekoran tiada sebarang bukti forensik yang kukuh untuk mengaitkan diaorang.

Bulan Mei 2011, pihak berkuasa UK telah mengumumkan satu kertas siasatan baru kes Madeleine akan dijalankan. Siasatan yang dinamakan sebagai Operasi Grange tu dianggotai oleh rata-rata detektif yang berpengalaman. Perkara pertama sekali yang pasukan penyiasat ni buat adalah meneliti fail siasatan polis tempatan Portugal. Diaorang mendapati terlampau banyak lompong dalam siasatan kes tersebut.

Dimana Maddy?

Dipendekkan cerita, pasukan penyiasat ni memperolehi maklumat tentang ‘stranger’ yang berada di luar blok apartment 5A sepanjang minggu kejadian. Dia dilihat sedang memerhatikan keadaan sekeliling. Harus diingatkan, kes rompakan sering berlaku di kawasan resort tu. Maka, tercetus teori rompakan. Berkemungkinan Madeleine terbangun semasa kejadian rompakan. Sesuatu telah berlaku hingga menyebabkan perompak tu diserang rasa panik. Jadi, dia pun membawa Madeleine pergi.

Hingga ke hari ini, apa sebenarnya yang berlaku terhadap Madeleine masih lagi kekal sebagai misteri. Adakah benar dia diculik atau sekadar konspirasi pasangan McCann untuk menutup jenayah yang diaorang telah buat? Satu bukti penting yang masih lagi gagal untuk ditemui menyebabkan kes ni dianggap adalah paling kontroversi serta sukar untuk diselesaikan.

Sumber: Jack Lester