berita

Siapa Cakap Nak Iklan Kat TV Mahal? Iklankan Bisnes Anda Di #JOMMASUKTV, Serendah RM1750 Je!

March 27th, 2019 | by Wan
Shout Out!

Antara faktor utama yang perlu diambil kira untuk memasarkan sesuatu produk atau perkhidmatan ialah pengiklanan. Kalau tak iklankan, macam mana orang nak tahu tentang kewujudan bisnes kita kan? Selari dengan perkembangan teknologi yang pantas dan semakin jauh ke hadapan, ramai usahawan pada hari ini memilih untuk memasarkan bisnes mereka secara digital.

Dalam erti kata lain, semua pengiklanan dibuat secara atas talian seperti pengiklanan di laman web dan media sosial. Namun pengiklanan secara ‘tradisional’ tidak seharusnya dilupakan kerana keberkesanan pengiklanan melalui cara ini sudah pun terbukti sejak berkurun lamanya. Yang penting kena tahu target market, atau lebih tepat sasaran pembeli.

Semua boleh masuk TV

 

Sebelum ini para usahawan sering dimomokkan dengan harga pengiklanan di televisyen yang sangat mahal dan di luar kemampuan mereka namun kini ianya cuma ‘mitos’. Kalau korang sedang memasang impian untuk mengiklankan perniagaan di televisyen, sekaligus mengembangkan lagi pasaran produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, ini lah masanya!

Memasuki tahun kedua, program Usahawan #JOMMASUKTV kembali lagi dengan tawaran menarik untuk para usahawan yang mahu mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka menerusi platform televisyen. Menerusi program ini, produk dan perkhidmatan mereka akan dipromosikan dalam rangkaian televisyen Media Prima merangkumi TV3, NTV7, TV9 dan 8TV.

90% penonton Malaysia tonton TV Media Prima

 

Menerusi laporan Nielsen, sebanyak lebih 90% isi rumah di Malaysia menonton rangkaian televisyen Media Prima. Variasi rancangan popular yang ditayangkan di semua rangkaian televisyen Media Prima seperti Nona, Wanita Hari Ini, Buletin Utama, Malaysia Hari Ini dan banyak lagi telah menyumbang kepada jumlah tontonan yang tinggi saban tahun. Bukan itu sahaja, rancangan dari rangkaian televisyen Media Prima sering tersenarai di dalam top 10 rancangan paling diminati di Malaysia.

Secara logiknya, bisnes korang akan mendapat tontonan yang tinggi daripada penonton setia rangkaian televisyen Media Prima. Terdapat beberapa pakej yang ditawarkan menerusi program #JOMMASUKTV ini antaranya #JOMMASUKTV SPORTBUY PACKAGE, #JOMMASUKTV NEWS COVERAGE, #JOMMASUKTV TALKSHOWS, dan #JOMMASUKTV ON-GROUND.

Pakej istimewa sesuai target anda

Semua pakej ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri di mana para usahawan boleh memilih slot rancangan berbeza mengikut kemampuan dan kehendak mereka. Sebagai contoh, kalau nak iklankan perniagaan di rancangan bual bicara seperti Wanita Hari Ini dan Malaysia Hari ini, #JOMMASUKTV TALKSHOWS ialah pakej yang sesuai. Untuk rekod, pada tahun lalu lebih 81 pakej terjual dan rata-rata usahawan berpuas hati dengan respon dan jualan yang dilakukan setelah mengikuti program ini

Bermula April ini sehingga Oktober 2019, #JOMMASUKTV akan menjelajah ke seluruh Malaysia bagi menguar-uarkan tentang  pakej-pakej menarik yang ditawarkan ini. Orang Kedah semua get ready sebab 4 April nanti team #JOMMASUKTV akan ke sana. Korang dah boleh RSVP mulai sekarang.

Untuk maklumat lanjut layari www.mptv360.com.my atau emailkan sebarang pertanyaan kepada [email protected] Nak lebih pantas, boleh terus call nombor yang tertera ni 03-7621 3322.