berita

Siapa Cepat Dia Dapat – Yobick Tampil Dengan Perisa Edisi Terhad, Yobick Epal. Wajib Cuba!

September 17th, 2020 | by Intan Mahsuri
Shout Out!

Pengambilan minuman berasaskan yogurt semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia. Kandungan pelbagai bakteria baik di dalam minuman ini bukan saja membantu sistem penghadaman tetapi dalam masa yang sama ia dapat membantu boost sistem imunisasi tubuh badan untuk menjadi lebih kuat.

Limited time- Variasi baru Yobick epal yang wajib korang cuba

Kami pasti Yobick bukan lagi satu jenama yang asing buat korang. Minuman yogurt daripada Jepun ini menerima sambutan yang cukup baik kerana kebaikan dan variasi perisa yang pelbagai bagi memenuhi citarasa semua orang.

Kalau korang nak tahu, sekarang Yobick perkenalkan minuman yogurt perisa edisi terhad iaitu Yobick epal. Variasi ini dikeluarkan dalam jumlah yang terhad dan hanya available di 7-Eleven sahaja. Once, dah sold out, dah takde dah.

Tapi, korang janganlah sedih kalau tak sempat cuba Yobick epal kerana Yobick ada lagi 4 variasi perisa tetap yang lain iaitu OriginalSakuraLite+ dan Nanas yang korang boleh try. Semuanya sedap-sedap belaka!

Bebas bahan perasa & pengawet, Yobick juga diperakui halal oleh JAKIM

Untuk pengetahuan korang, Yobick merupakan minuman yogurt yang telah diperkenalkan pada tahun 1994 di Jepun. Diperkaya dengan prebiotik Oligo,  minuman ini mampu membantu mempercepatkan proses penghadaman dan menguatkan lagi sistem imunisasi tubuh badan.

Bukan itu saja, minuman ini juga bebas bahan pengawet dan perisa tambahan seperti Monosodium glutamate (MSG). Jadi, ianya selamat untuk diambil oleh sesiapa saja tanpa mengira umur. Paling best, ianya bebas kolestol dan mengandungi kandungan lemak yang rendah.

Korang juga tak perlu ragu dengan status halal minuman yogurt Jepun, Yobick kerana ianya telah diperakui halal oleh pihak Jabatan Agama Islam Malaysia, JAKIM.

Sertai peraduan beli, menari & menang untuk menang wang tunai RM25,000

Apa kata korang dapatkan segera minuman yogurt Yobick sebab sekarang korang ada peluang untuk memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM25,ooo.

Caranya mudah je. Ikut langkah kat bawah ni.

  1. Beli Yobick (350ml) aneka perisa
  2. Rakam aksi tarian korang bersama Yobick (minimum 2 botol) berdurasi 15-30 saat
  3. Muat naik ke akaun Instagram korang (tetapan umum)
  4. Tag Instagram @yobickmalaysia

Jadi, apa lagi yang korang tunggu? Jom dapatkan Yobick hari ini di semua cawangan 7-Eleven semenanjung malaysia dan sabah, sarawak.

Untuk maklumat lanjut mengenai minuman yogurt, Yobick, korang boleh klik link kat bawah.

Facebook: Yobick Malaysia

Instagram: @yobickmalaysia

×