berita

Siapa Gadis Comel Yang Support Pasukan Bola Sepak Kedah Ini? Tu Dia ‘Manihh’ Sungguh!

December 7th, 2015 | by Wan
Lensa Insta

kedah

Semalam pasukan bola sepak negeri Kedah berjaya menewaskan Felda United, sekaligus menempah slot final menentang Selangor.

Namun sejak kebelakangan ini kami tengok foto seorang gadis comel yang memberikan sokongan kepada pasukan Kedah mulai viral di laman sosial. Tu dia, memang cun melecun admin tengok pun jatuh hati.

Tapi siapa gadis Kedah ini? Macam pernah nampak kan?

Janna Nick

Screen Shot 2015-12-07 at 11.29.57 AM

Nurul Jannah Binti Muner atau nama komersialnya Janna Nick baru je berusia 21 tahun. Macam pernah nampak kan? Rupanya Janna Nick ini merupakan seorang pelakon. Tapi boleh dikatakan masih baru lagi dalam dunia hiburan tanah air.

Kau, Aku, Kita

Screen Shot 2015-12-07 at 11.31.22 AM

Kalau korang perasan Janna Nick merupakan pelakon utama di dalam drama Kau, Aku, Kita yang disiarkan di TV3 baru-baru ini. Digandingkan dengan pelakon hebat Syarul Ridzwan.

Terdahulu nama Janna Nick mula melonjak naik ketika drama Syurga Nur bersama Sheila Rusly.Alah drama yang start pukul 7 setiap petang itu.

Lahir Sungai Petani

Screen Shot 2015-12-07 at 11.24.28 AM

Patutlah foto Janna Nick ni viral di laman sosial lebih-lebih lagi masa Piala Malaysia ni, rupanya dilahirkan di Sungai Petani Kedah. Kalau bukan team negeri sendiri, nak support team mana lagi kan?

Janna Nick juga merupakan bekas pelajar di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang.

Mix Chinese, Thai & Malay

Screen Shot 2015-12-07 at 11.41.03 AM

Die hard fan Hijau Kuning

Screen Shot 2015-12-07 at 11.33.08 AM

Selepas beberapa keping foto dirinya viral, ramai penyokong pasukan Kedah ‘serbu’ dan cari siapakah gerangan gadis Kedah comel ini. Habis dekat Instagram semua pakat komen.

Tak kurang juga ramai yang tiba-tiba menyokong Kedah walaupun bukan berasal dari sana. Hebat betul penangan Janna Nick ni ye.

Masih single

Screen Shot 2015-12-07 at 11.34.39 AM

Ketika ditemu bual oleh beberapa akhbar baru-baru ini, Janna Nick mengakui selesa dengan status solo dan mahu fokus dengan kerjaya lakonan. Haa ada can la abam-abam dekat luar sana.

Apa-apa pun good luck untuk pasukan Kedah di final nanti. Admin tunggu Janna Nick dekat stadium okay?

Sumber : Janna Nick

SKIP THIS AD ×