berita

Siapa Kata Long Distance Relationship Tak Tahan Lama?

August 28th, 2019 | by Farisha Hazira
Kini Trendy

Ramai orang cakap yang long distance relationship ni susah nak kekal tapi kalau kita sama-sama pandai jaga hati, relationship ni gerenti akan berkekalan. Mesti korang tertanya-tanya macam mana nak kekal dengan pasangan sepanjang percintaan jarak jauh ni. Takpe, hari ni Sis Katy nak bagi tips untuk relationship korang kekal bahagia!

1. Jangan Kongkong Si Dia

Sis tahu korang clingy. Bila dah jauh mesti kita rasa nak dia sentiasa text dan video call. Janganlah buat macam tu sebab nanti dia akan rasa rimas. Jangan halang dia nak pergi melepak dengan kawan-kawan atau buat aktiviti yang biasa dia buat seperti main futsal.

Kalau sekarang pun korang kongkong dia, dah kahwin nanti lagilah. Bagi dia kebebasan okay? Kalau dia sayang korang, dia takkan sesekali curang.

2. COMMUNICATE!

Kalau gaduh, jangan ignore partner korang! Cuba untuk communicate dan selesaikan masalah korang time tu jugak. Tapi kalau partner korang perlukan masa seeloknya bagi dia masa. Jangan push sampai dia rasa rimas. Apa-apa pun, selesaikan masalah korang ye!

Kalau korang jenis yang busy, cari masa untuk communicate dengan pasangan. At least, bagi good morning dan good night text. Takpun, malam-malam korang si dia dan tanya khabar. Jangan dibiarkan dia hidup tanpa korang. Apa guna in relationship tapi macam hidup single kan?

3. Jangan Cepat Cemburu

Sis tahu korang jauh dan susah nak jumpa. So, kalau si dia tu jenis ramai kawan lain gender, janganlah cepat sangat cemburu buta. Rileks je, kalau sayang dia tak akan curang. Hati dia tetap untuk korang. Kalau selalu sangat bergaduh sebab cemburu buta, nanti dia akan bosan dan berkemungkinan akan tinggalkan korang!

4. Percayakan Dia

Macam mana nak relationship kekal kalau korang pun tak percayakan dia? Contoh, ada orang cerita bukan-bukan pasal pasangan, selidik betul-betul dulu, jangan terus percaya. Sebab manusia ni ada je yang dia tak puas hati dengan kita.

Or kalau partner korang pergi mana-mana, percayalah dia. Janganlah korang overthinking sampai jadi gaduh. Tak pasal dari relationship korang okay, jadi complicated disebabkan korang tak percayakan dia.

5. Do Things Together

Korang boleh tengok Netflix cerita yang sama biarpun korang jauh. Ataupun bila dia tengah main game dekat pc, korang video call lah, support dia masa tengah main.

Nak best lagi korang online shopping sama-sama dan belikan hadiah.

6. Ada Effort Untuk Jumpa

Benda ni yang paling kita tunggu-tunggu. Jumpalah si dia kalau ada masa. Janganlah asyik si dia je yang datang, korang pun kenalah tunjuk sikit effort untuk jumpa dia.

7. Surprise Si Dia!

Siapa je tak suka surprise. Buatlah surprise untuk pasangan korang sekali-sekala. Belikan hadiah or datang senyap-senyap dekat dia. Tapi, korang kena tahulah schedule dia. Jangan korang surprise datang time dia tengah busy pulak.

8. Jangan Mudah Give Up

Ada masalah? Settle sama-sama. Selalu gaduh? Belajar untuk faham diri masing-masing. Make that relationship work! Apapun jadi, jangan cepat give up. Kata sayang kan? Janganlah bila ada masalah terus give up dengan relationship korang tu.

Sebenarnya senang je nak relationship kita sentiasa kekal. Kalau masing-masing ada effort gerenti korang akan berkekalan. Mana tahu kalau ada jodoh, korang akan kekal sampai kahwin? Aaah sweet!

Apa pun korang jangan lupa untuk like dan follow Facebook Kini Trendy By Ohbulan dan Instagram @kinitrendy untuk mengikuti perkembangan terkini tentang makeup, fashion dan lifestyle wanita!