berita

Siapa Kata Masak Ketam Susah? Ini 5 Resepi Ketam Wajib Cuba Yang Korang Kena Tahu

April 27th, 2018 | by Shafika
MyResipi

Sekali sekala kalau dapat makan makanan laut pun seronok juga kan? Meskipun harganya sedikit mahal dibandingkan dengan makanan lain, ketam sentiasa menjadi kegemaran orang ramai. Yang pasti, ianya sangat berbaloi jika dimakan bersama keluarga tersayang!

Hari ini admin akan kongsikan beberapa resepi yang sesuai untuk masakan ketam. Confirm puas hati!

1. Ketam masak cili telur masin

Peminat ketam pasti suka resepi ini, sambil mencubit isi ketam boleh dicicah sekali dengan kuahnya yang berlemak. Sangat sesuai dihidang bersama menu lain yang simple bagi menimbulkan rasa istimewa pada menu ketam ini.

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/ketam-masak-cili-telur-masin

2. Ketam goreng bercili ala paprik

Haa, jangan ingat ketam tak boleh masak ala paprik. Korang yang belum pernah cuba wajib ikut resepi ini, selain mudah dan ringkas ia juga sangat enak dengan gabungan rasa yang masam manis serta baunya yang pasti mengiurkan!

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/ketam-goreng-bercili-ala2-paprik

3. Ketam kukus sos plum

Tak perlu bersusah-susah cari menu ini dikedai, apa kata korang cuba buat sendiri dirumah. Boleh disediakan mengikut kesesuaian citarasa korang dan pastinya boleh makan bertambah. Confirm lebih puas!

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/ketam-kukus-sos-plum

4. Ketam masak kam heong

Selalu kita makan masakan ketam cili padi, masak merah dan masak pedas. Kali ni kita cuba resepi ketam lain dari yang lain pula. Masakan ala-ala cina yang dipanggil kam heong. Kam heong ini membawa maksud golden fragrance dan popular di restoran seafood cina. Masakan ini sesuai dimakan bersama nasi putih dan sayur masak ala-ala cina juga seperti char bok choy dan banyak lagi. Cubalah!

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/ketam-masak-kam-heong

5. Gulai ketam tumis darat

Gulai tumis darat ini pula popular disebelah utara Malaysia. Bezanya masakan gulai tumis darat ini dengan kari tumis biasa adalah dari segi aromanya yang lebih ummph. Wanginya memang lain daripada kari tumisan biasa tapi yang pastinya ia akan membuka selera korang. Admin jamin korang mesti makan bertambah kalau cuba menu ini!

Resepi penuh: http://myresipi.com/recipes/gulai-ketam-tumis-darat

Sumber: MyResipi

The following two tabs change content below.

Most Read Today