Viral di media sosial, sebuah video yang dirakam pada sidang media oleh Menteri Besar Negeri Kedah iaitu YB Muhammad Sanusi Md Nor menjawab soalan daripada pihak media berhubung jumlah peningkatan kes Covid-19 di negeri itu. Respon gurauan Menteri Besar Kedah itu dianggap keterlaluan ketika menjawab soalan berkaitan jumlah kontena jenazah yang diperuntukkan di negeri Kedah.
Siapa nak masuk, bagi nama..
Memetik laporan Free Malaysia Today, Menteri Besar Kedah telah mengunjungi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega di Sport Arena Aman Jaya sebelum mengadakan sidang media. Dia turut menasihati penduduk di Sungai Petani agar sentiasa mematuhi SOP supaya tidak dijangkiti wabak tersebut.
Dalam pada itu, Muhammad Sanusi Md Nor dikritik hebat oleh netizen dan ahli-ahli politik yang lain berhubung kenyataan dan gurauannya didakwa kurang sensitif ketika penularan Covid-19 sedang melanda negara.
Ya sama, penuh. Jadi penduduk di Sungai Petani kena jaga. Jaga SOP jangan sampai masuk hospital. Hospital penuh. Kontena jenazah mencukupi. Siapa nak masuk, bagi nama.
Apa masalah MB Kedah ni?
“Kontena jenazah mencukupi, sapa nak masuk bagi nama” – MB Kedah
Apa masalah MB Kedah ni tak habis-habis bercakap tak ada adab???
Kalau dah gagal jaga rakyat, jangan cuba jadi kurang ajar pula!!
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) August 6, 2021
Sementara itu, ahli parlimen Muar iaitu Syed Saddiq menerusi posting di laman Twitter, telah respon terhadap video yang viral itu. Dia menyifatkan Muhammad Sanusi seorang menteri yang mempunyai masalah bercakap tanpa adab.
Sumber: Free Malaysia Today, Syed Saddiq