berita

‘Siapa Nak Masuk, Bagi Nama’ – Gurauan MB Kedah Dikritik Ramai, Dianggap Tidak Sensitif

August 7th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Viral di media sosial, sebuah video yang dirakam pada sidang media oleh Menteri Besar Negeri Kedah iaitu YB Muhammad Sanusi Md Nor menjawab soalan daripada pihak media berhubung jumlah peningkatan kes Covid-19 di negeri itu. Respon gurauan Menteri Besar Kedah itu dianggap keterlaluan ketika menjawab soalan berkaitan jumlah kontena jenazah yang diperuntukkan di negeri Kedah.

Siapa nak masuk, bagi nama..

Memetik laporan Free Malaysia Today, Menteri Besar Kedah telah mengunjungi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega di Sport Arena Aman Jaya sebelum mengadakan sidang media. Dia turut menasihati penduduk di Sungai Petani agar sentiasa mematuhi SOP supaya tidak dijangkiti wabak tersebut.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi Md Nor dikritik hebat oleh netizen dan ahli-ahli politik yang lain berhubung kenyataan dan gurauannya didakwa kurang sensitif ketika penularan Covid-19 sedang melanda negara.

Ya sama, penuh. Jadi penduduk di Sungai Petani kena jaga. Jaga SOP jangan sampai masuk hospital. Hospital penuh. Kontena jenazah mencukupi. Siapa nak masuk, bagi nama.

Apa masalah MB Kedah ni?

Sementara itu, ahli parlimen Muar iaitu Syed Saddiq menerusi posting di laman Twitter, telah respon terhadap video yang viral itu. Dia menyifatkan Muhammad Sanusi seorang menteri yang mempunyai masalah bercakap tanpa adab.

Sumber: Free Malaysia Today, Syed Saddiq

SKIP THIS AD ×