Apabila tiba bulan Ramadhan, kita seringkali fikir bahawa syaitan sudah dikurung. Betul tak? Namun lain pula jadinya dengan kisah gadis ini apabila rumah arwah neneknya tiba-tiba bercahaya walaupun bil api sudah dipotong sejak sekian lama. Seramnya! Siapa pula buka lampu rumah itu?
5-6 tahun tak balik rumah arwah tok
Mendapat lebih 17k retweet, perkongsian gadis ini membuatkan ramai meremang. Bayangkan tiba-tiba ibunya menerima mesej dari pemotong rumput memaklumkan lampu di dalam rumah arwah emaknya terbuka. Dia turut menghantar beberapa keping foto rumah arwah yang sedang bercahaya.
Ada sesiapa pergi rumah mak ke?
Pada awalnya, pemotong rumput tersebut memaklumkan ingin potong rumput di rumah arwah memandangkan dia tidak sempat memotong sebelum ini kerana PKP. Dia turut bertanya jika ada sesiapa yang datang ke rumah tersebut memandangkan lampu rumah itu menyala.
Namun, menurut gadis tersebut mereka sudah tidak pulang ke rumah arwah nenek mereka sudah 4 ke 5 tahun. Tambahan bil api rumah tersebut sudah lama dipotong.
Lampu terpasang
UPDATE : uncle I semua p check sendiri… Nampak semua mcm okay..? Cuma tu lah. lampu tu mcm mana boleh on sedangkan bill api dah kena potong? pic.twitter.com/axAnC0lsgq
— Shaaaaaaaa? (@schasprouse) May 6, 2020
Tak pelik lampu boleh dipasang sendiri
Sumber : Scha