berita

Siapa Pelanggan Setia AEON BIG? Ada 3 Buah Kereta Mewah Nak Bagi Korang Ni, Jom Serbu!

October 19th, 2023 | by Anis Suraya
Kini Trending

Siapa je yang tak pernah pergi AEON BIG kan? Pasar raya besar dan terkenal dengan macam-macam pilihan produk dengan harga yang berpatutan.

Dari barangan kelengkapan rumah, pakaian sehinggalah ke barangan basah, semuanya ada di AEON BIG yang mempunyai 21 cawangan pasar raya besar di seluruh Malaysia!

Jajan favourite korang pun ada ni, harga pun boleh tahan murah, tak kan taknak borong kan. Beli time ada diskaun ni memang dapat jimat banyak tau!

Sambutan ulang tahun AEON BIG: Peraduan Belanja Lebih, Menang Lebih (Shop More Win More)

Untuk pengetahuan korang, sempena ulang tahun yang ke-11, AEON BIG ada buat kempen Belanja Lebih Menang Lebih (Shop More Win More) pada semua pelanggan.

Kempen ini diadakan untuk meraikan kejayaan syarikat serta menghargai semua pihak yang setia menyokong AEON BIG selama lebih sedekad sejak ditubuhkan.

Dengan kerjasama syarikat PROTON, mereka juga tawarkan hadiah utama iaitu satu unit Proton X50 Flagship dan dua unit Proton Saga Premium untuk korang menangi. Uyoo siapa tak excited kan dapat kereta baru beb!

(Gambar hiasan) Kredit: SoyaCincau

Peluang untuk memenangi hadiah utama ini akan bermula pada 19 Oktober 2023 dan berakhir pada 18 November 2023. 

Ini bermakna korang mempunyai lebih daripada sebulan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan bersaing untuk dapatkan hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan. Jadi, jom sertai sekarang!

Diskaun 50% dan hadiah menarik setiap minggu!

Yang lagi best, pelbagai kejutan dan promosi istimewa lain, diskaun sehingga 50% serta hadiah menarik yang menanti korang  setiap minggu sepanjang enam minggu kempen ini dijalankan.

Antara jualan promosi AEON BIG adalah seperti ikan siakap yang berharga RM8.11, kerusi berharga RM11.00, bawang 800gram berharga RM6.11 dan macam-macam barangan lain yang murah!

Dahsyatkan hadiah yang AEON BIG tawarkan? Sebab tu lah korang kena Belanja Lebih untuk Menang Lebih. Mana tau korang lah pemenang yang dicari!

Menurut Pengarah Urusan AEON BIG, Sheikh Farouk Sheikh Mohamed, selain syarikat PROTON sebagai penaja platinum untuk kempen ini, rakan perniagaan strategik lain turut serta meraikan kempen ulangtahun ini antaranya adalah Penaja Kategori Emas iaitu Nestle, FGV, Mamee dan Tyson.

Untuk pengetahuan korang juga, AEON BIG sangat komited terhadap kemampanan dengan langkah-langkah seperti pengurangan sisa dan usaha kurangkan kesan pada alam sekitar.

Sambil korang berbelanja, sambil menjaga alam sekitar. Tunggu apa lagi, jom cepat-cepat pergi AEON BIG dan support produk jualan mereka. Mana tahu rezeki korang dapat menang kereta nanti!

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook atau laman web https://aeonbig.com.my/

SKIP THIS AD ×