berita

Siapa Peminat Cheeeeeeese? Pizza Hut Kini Ada Buat Promosi Beli 1 Percuma 3 Untuk CHEEEEEEEZZA Terbaru. Wow!

November 1st, 2023 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Dah dekat akhir-akhir tahun ni, mesti korang dah tak sabar nak buat macam-macam sambutan kan? Tak kisahlah, sambutan akhir tahun bersama keluarga, rakan-rakan atau kawan di pejabat…

Eh! Alang-alang tu kan, apa kata nanti korang order pizza baru dari Pizza Hut Malaysia. Ha…kalau korang nak tahu, kalini Pizza Hut hadir dengan pizza terbaru mereka iaitu CHEEEEEEEZZA!

Wuuuu, yang pasti siapa yang suka makan cheese tu, mesti suka! Jom lah tengok apa yang menarik tentang pizza ni!

Gabungan 7 jenis keju kegemaran ramai

CHEEEEEEEZZA ini merupakan hidangan eksklusif khas yang dibuat untuk memuaskan cita rasa rakyat Malaysia. Ia  mempunyai gabungan 7 jenis keju dari seluruh dunia. Antaranya adalah: 

  • Bebola Keju Nacho
  • Sos Keju Jalapeno Pedas
  • Red Cheddar
  • Edam
  • Provolone
  • Medium Fat Hard Cheese
  • Monterrey Jack

Selain itu, dengan kemewahan krim keju dan rasa sensasi pedas masam sos jalapeno membuatkan ia menjadi pizza yang luar biasa dan sangat menyelerakan. 

Nak Ala Carte atau kombo? Dua dua boleh!

Korang juga boleh nikmati menu Ala carte CHEEEEEEEZZA tau. Ia didatangkan dalam saiz regular dan dipotong menjadi enam kepingan yang lazat.

Min memang excited tau time makan tu, nak tahu sebab apa? Ianya dipenuhi dengan keju, ada rasa pedas-pedas dari sos keju jalapeno dan apa yang mengejutkan min lagi ialah, langsung tak muak beb. Sekali gigit confirm nak lagi!

Bukan setakat tu je, pizza kombo CHEEEEEEEZZA ini juga didatangkan dengan bebola keju nacho, sup krim cendawan, krispy nacho cheese wings, mac & cheese dan pasta, fuhhh memang ngam untuk dimakan bersama yang tersayang. Chef kiss!

Tunggu apa lagi guysss, cepat ajak kawan-kawan , family korang untuk makan bersama. The more the merrier!

Bukan tu saja, korang juga boleh Beli 1 Percuma 3 & terhad sehingga 13 November ini sahaja!

Paling menarik, Pizza Hut menawarkan promosi khas, bermula dari 25 Oktober hingga 13 November 2023.

Dalam tempoh promosi ini, korang dapat menikmati promosi Beli 1, Percuma 3, di mana bagi setiap pembelian piza CHEEEEEEEZZA, korang juga akan dapat satu lagi piza saiz regular dari rangkaian Fun 5 yang terpilih, serta 2 gelas minuman ringan secara percuma. Bestnya! 

Tunggu apa lagi? Korang jangan terlepas promosi ni pulak!

Nak makan dekat kedai atau bawa pulang? Dua-dua boleh, yang penting korang tak terlepas promosi yang mereka tawarkan ni, hanya pada harga RM41.90 je tau. Memang berbaloi!

Jom serbu Pizza Hut atau pergi ke laman web Pizza Hut Malaysia sekarang untuk nikmati CHEEEEEEEZZA terpaling sedap ni!

SKIP THIS AD ×