berita

Siapakah Bakal Bawa Pulang Trofi Kemenangan DFKL 2019? Ini Ramalan Kami..

April 3rd, 2019 | by Shafika
Shout Out!

Diam tak diam, malam kemuncak Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 (DFKL2019) hampir tiba. Bahang kemeriahan anugerah sudah mula terasa, lebih-lebih lagi buat kaki drama tempatan. Slogan ‘Positif Selalu’ telah diangkat sebagai tema untuk tahun ke-6 penganjuran ini. Adakah korang sedia dengan pelbagai kejutan yang positif?

Paling penting, siapa agaknya yang akan bakal bawa pulang trofi kemenangan malam ini? Adakah artis favourite yang korang undi atau sebaliknya. Apa-apa pun kalau nak tahu siapa yang akan menang, wajib tonton sendiri siaran langsung Malam Anugerah DFKL 2019 di TV 3!

9 kategori dipertandingkan

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 merupakan malam kemuncak yang akan diadakan secara langsung dari Dewan Perdana, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).  Anugerah ini diadakan bagi mengiktiraf drama-drama yang bersiaran sepanjang tahun 2018. Terdapat 9 kategori yang akan dipertandingkan berdasarkan undian orang ramai.

Antara kategori yang dipertandingkan adalah Aktor Pilihan, Aktres Pilihan, Antagonis Pilihan, Pengarah Pilihan, Penulis Skrip Pilihan, Lagu Pilihan, Pasangan Pilihan, Drama Pilihan, dan Drama Rantaian Bahasa Cina.

Drama pilihan

Nama pun Drama Festival Kuala Lumpur, pastilah kategori ini paling penting untuk dipertandingkan. Kalau tahun lepas, semua sedia maklum Dekatkan Jarak Kita diangkat sebagai drama pilihan. Agaknya tahun ini ada tak favourite drama korang yang akan menang?

Antara calon drama pilihan Jangan Benci Cintaku, Kekasih Paksa Rela, Seribu Rindu, Isteriku ‘Mem’ Besar, Cik Sempurna, Papa Nak Menantu, Raisha 2, Cinta Hati Batu, Terbaik Dariku, Semerah Cinta Humairah, Nur, Andainya Takdir 2, Cinta Koko Coklat dan Dian. Ramai peminat drama tanah air yakin Nur yang pernah menjadi fenomena sebelum ini bakal dinobatkan sebagai pemenang.

Pasangan Pilihan

Dalam sesebuah drama, keserasian antara Hero dan Heroin adalah sangat penting. Setuju? Kalau tidak macam mana nak feel macam tengok real drama kan? Sebab itu di DFKL ada juga kategori Pasangan Pilihan. Korang rasa siapa paling serasi di dalam drama. Kalau ikutkan apa yang kami perhatikan, gandingan Zul Ariffin & Azira Shafinaz di dalam Seribu Rindu sangatlah serasi. Perhubungan mereka dari kawan baik sehingga cinta membuatkan rasa tak sabar menanti episod seterusnya.

Namun, pasangan lain tak kurang hebat juga. Memang susah sungguh nak buat pilihan. Antara gandingan pasangan yang lain ialah Saharul Ridzwan & Zahirah Macwilson, Remy Ishak & Intan Najuwa, Arash Mohd & Amyza Aznan, Azrel Ismail & Emma MaembongZoey Rahman & Dayang Areeda,Hafidz Roshdi & Jaja IliyesAshraf Muslim & Aishah Azman, Syazuwan Hassan & Zara Zya,Fahrin Ahmad & Janna NickSyafiq Kyle & Amyra RosliShukri Yahaya & Nina Iskandar, dan Aqasha & Zahirah Macwilson.

Aktres Pilihan

Tanpa heroin, maka tak lengkaplah sesebuah drama. Kalau korang perasan, drama tanpa heroin akan sedikit hambar berbanding ada heroin. Yelah, watak heroin akan melengkapkan watak hero itu. Kiranya, penambah rasa bagi jalan cerita menarik. Korang rasa siapa watak heroin yang berjaya membuatkan korang rasa teruja untuk menonton? Bagi kami, watak Nina Iskandar dalam Andainya Takdir 2 memang berbekas di hati. Bukan senang nak bawa watak isteri kepada seorang yang mempunyai masalah mental. Lakonan Nina yang real buat kami semua terpegun.

Antara heroin lain yang tak kurang juga hebatnya adalah, Zahirah Macwilson, Intan Najuwa, Amyra Rosli, Amyza Aznan, Emma Maembong, Zara Zya, Janna Nick, Aishah Azman, Diana Dianella, Elizad, Dayang Areeda, Azira Shafinaz, Jaja Ilyiex, dan Amyza Aznan

Ini ramalan keputusan DFK 2019 kami

Aktor Pilihan : Remy Ishak

Aktres Pilihan : Nina Iskandar

Antagonis Pilihan : Diana Danielle

Pengarah Pilihan : Shahrulezad

Penulis Skrip Pilihan : Shahrulezad

Lagu Pilihan : Misha Omar – Sampai Bila

Pasangan Pilihan : Zul Ariffin & Azira Shafinaz

Drama Pilihan : Nur

Drama Rantaian Bahasa Cina : All Under One Roof

Jangan lupa saksikan malam Malam Anugerah DFKL bersiaran secara langsung Ahad, 7 April ini jam 9 malam di TV3!  Rancangan ini juga boleh ditonton secara langsung menerusi portal video www.tonton.com.my

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×