berita

Siapakah Protege Paling Mantap & Bakal Menjuarai Mentor 7?

December 28th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Kebanyakan penyanyi berbakat di Malaysia lahir dari program realiti nyanyian. Pada Ahad ini, peminat industri hiburan tanah air akan menyaksikan seorang daripada empat peserta dari Mentor 7 bakal merangkul gelaran juara dan sekaligus akan mewarnai lagi dunia nyanyian tempatan.

Antara Zaim, protege kepada Siti Nordiana, Pasya (Aizat Amdan), Ranisha (Datuk Syafinaz Selamat) dan Azmirul (Hafiz Suip), siapakah yang menjadi pilihan anda?

Siapa bakal juara?

Selepas bersaing selama empat minggu, akhirnya pentas Mentor 7 bakal melabuhkan tirai pada Ahad ini. Pada minggu sebelum ini, Lazarul protege kepada Datuk Syafinaz Selamat terpaksa akur apabila tersingkir di pentas separuh akhir Mentor 7.

Empat finalis yang akan berentap adalah Zaim (Siti Nordiana), Pasya (Aizat Amdan), Ranisha (Datuk Syafinaz Selamat) dan Azmirul (Hafiz Suip). Sempena konsert final, keempat-empat peserta kini sedang giat melakukan latihan serta persiapan terakhir bersama Mentor masing-masing.

Menerusi Instagram rasmi Mentor 7, Pasya, iaitu protege kepada Aizat Amdan sedang giat membuat latihan nyanyian bersama penyanyi lagenda Malaysia, Jaclyn Victor. Video di atas menunjukkan Pasya dan Jaclyn menyanyikan lagu berjudul ‘Bohemian Rhapsody’ dari kumpulan Queen.

Protege Siti Nordiana, Zaaim juga bekerja keras demi memberi persembahan bertenaga pada konsert akhir nanti.

Tiga hari lagi keempat-empat peserta akan berentap dan persaingan dijangka sengit memandangkan masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri. Jadi kepada anda, jangan lupa untuk menyaksikan Konsert Akhir Mentor 7 pada hari Ahad ini, jam 9 malam secara langsung di TV3.

Sumber video: Instagram Mentor 7

The following two tabs change content below.