“Siapakah yang seterusnya?”. Itu persoalan yang Julie Woon, 26, timbulkan di laman Facebooknya selepas kejadian keretanya dipecah dan dirompak.
Sudah banyak kali kiranya kita mendengar kes seperti ini berlaku kan? Bukan sekadar di media-media cetak, rasanya OHBULAN! pun pernah berkongsi tips agar sentiasa berhati-hati ketika membawa kereta dan barang berharga yang ada bersama anda.
Beberapa hari lepas (27 Ogos), pengacara dan juga personaliti TV, Julie Woon telah dirompak ketika sedang berhenti di lampu isyarat selepas keluar dari pusat membeli-belah, One Utama. Kejadian yang berlaku dalam sekelip mata itu telah menyebabkan Julie Woon panik dan tidak sempat berbuat apa-apa tindakan.
Dalam kejadian itu, seorang penunggang motorsikal dan pembonceng telah memecahkan cermin tingkap sebelah penumpang hadapan Julie Woon dan mengambil beg tangan yang mengandungi sebuah Ipad didalamnya. Mujur bagi Julie, telefon bimbit dan dompetnya tidak diletakkan didalam beg tangannya ketika itu.
Menurut Julie Woon lagi, pada mulanya dia dapat melihat sebuah motorsikal melalui dan melihat kedalam keretanya. Namun, tidak sampai beberapa saat kemudian, datang lagi sebuah motorsikal dan memecahkan tingkapnya.
Pesanan dari OHBULAN!, sentiasa pastikan barang berharga diletak ditempat yang selamat samada dibawah kerusi atau pastikan ianya tidak mudah dilihat orang lain.