berita

Siar Video Hina Nabi, Ahli Politik Cetus Ketegangan Di India

August 25th, 2022 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Di New Delhi, India, pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP), T Raja Singh telah mencetuskan ketegangan apabila mengeluarkan video menghina Nabi Muhammad SAW.

Bantahan akan berterusan

Menerusi laporan NDTV, ketegangan tercetus di bandar Hyderabad di selatan India selepas Singh ditahan pihak polis pada hari Selasa lalu kerana mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan umat Islam. Berikutan daripada itu, umat Islam telah mengadakan protes dan menuntut penahanan ahli politik itu selepas apa yang berlaku. Bagaimanapun, Singh dibebaskan beberapa jam selepas dihadapkan ke mahkamah.

Terdahulu, Singh pernah membuat komen provokatif tentang umat Islam dan Islam sebelum ini. Untuk makluman, negeri tersebut diperintah oleh Telangana Rashtra Samithi (TRS), sebuah parti politik negeri. Beberapa hari lalu, viral juga video anggota polis yang berpakaian antirusuhan dilihat memukul penunjuk perasaan dan menyerbu masuk ke dalam rumah Singh.

Menurut Presiden Majlis-e-Ittehadul Muslimeen (AIMIM) Seluruh India, Asaduddin Owaisi, terdapat cubaan yang disengajakan oleh BJP dan anggota dewan tempatan untuk menimbulkan masalah. Beliau berkata, bantahan akan berterusan sehingga ahli politik BJP itu dipenjarakan.

Sumber: NDTV

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×