
Kalau korang perasan siaran HotFM lain macam minggu lepas, jangan pelik ya ini bukan masalah siaran pun! 😆
Pada 29 Oktober lalu, ramai pendengar terkejut bila HotFM tiba-tiba ‘berubah identiti’ jadi ExtraCoolFM. Bukan sekadar tukar nama, tapi suasana dan gaya sembang DJ pun terus bertukar, semuanya terasa lebih segar, sejuk dan penuh ‘cool vibes’!
Tak hairanlah kalau ramai tertanya-tanya di media sosial, “Kenapa HotFM lain macam hari ni?” Rupa-rupanya, semua ni merupakan gimik kreatif daripada Antabax untuk memperkenalkan rangkaian baharu mereka iaitu Pencuci Badan Antabax Extra Cool dan Sabun Buku Antabax Extra Cool yang menawarkan sensasi kesejukan serta kesegaran luar biasa setiap kali mandi!
Ambil Alih Dengan Gaya ‘Extra Cool’

Langkah Antabax ‘mengambil alih’ HotFM ni memang padu dan tepat dengan mesej yang nak disampaikan jenama tersebuat iaitu ‘cooling takeover’ dalam rutin harian rakyat Malaysia.
Tak kisah lah tengah berdepan cuaca panas terik atau jadual seharian yang padat, Antabax Extra Cool sentiasa ready untuk bagi korang rasa segar, selesa dan yakin dari pagi sampai malam!
Faisal Halim Jadi Wajah Baharu Antabax Extra Cool
Menariknya, pelancaran kali ni turut memperkenalkan bintang bola sepak kebangsaan, Faisal Halim, sebagai duta rasmi Antabax Extra Cool.
Selepas pulih daripada kecederaan dan kembali beraksi bersama skuad negara, Faisal menunjukkan semangat yang tenang tapi berapi, siap dapat jaringkan gol masa perlawanan menentang Laos minggu lepas tau!
Sikap ‘cool under pressure’ tu lah yang Antabax nak tonjolkan. Kekal segar, kuat dan tenang walaupun dalam situasi paling mencabar.
Dengan kempen yang kreatif dan penuh kejutan ni, Antabax bukan sekadar memperkenalkan sabun badan baharu, tapi juga buktikan yang kesegaran tu boleh jadi ‘cool factor’ sebenar dalam kehidupan seharian.
Nak rasa sendiri kesegaran luar biasa Antabax Extra Cool ni? Korang boleh dapatkannya sekarang di pasar raya berhampiran, farmasi utama atau platform e-dagang seperti Shopee, TikTok dan Lazada.








