berita

‘Sila Duduk Saya Tak Benarkan’ – Ketua Pembangkang Dihalang Baca Quran, Sidang DUN Melaka Kecoh

November 19th, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Persidangan dewan undangan negeri menjadi medan ahli dewan undangan negeri (ADUN) membahaskan kepentingan rakyat mahupun isu semasa. Namun, lain pula jadinya dalam sesi perbahasan Belanjawan Melaka 2020 hari ini gamat apabila isu bacaan Quran timbul.

Mahu petik surah Yunus terbantut

Datuk Dr Wong Fort Pin sebagai Timbalan Speaker tidak membenarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Idris Haron untuk menghabiskan ucapannya. Di akhir ucapannya Idris mahu memetik ayat ke-14 surah Yunus namun tidak diizinkan Fort Pin kerana durasi 10 minit telah habis.

Suasana bertukar tegang apabila keduanya bertikan lidah sehingga mendorong Datuk Seri Abd Ghafaar Atan yang sampai giliran berbahas dan memberi laluan kepada Idris menghabiskan bacaan Quran berkenaan.

Fort Pin tetap dengan pendiriannya untuk tidak memberi kebenaran Idris membaca ayat suci itu yang membuatkan segelintir Exco menasihatinya memberi peluang kepada Idris.

Selepas menerima asakan wakil kerajaan dan pembangkang, Fort Pin akhirnya akur. Perjalanan sidang DUN kembali tenang sejurus petikan bacaan ayat suci itu dibacakan Idris.

Sumber: Berita Harian, Sahabat Dr Asyraf Wajdi Dusuki

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.