berita

‘Sila Kemukakan Bukti!’ – Naim Daniel Tampil Bidas Dakwaan Bekas Kekasih

February 20th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Konflik pemilikan lagu ‘Sumpah’ nyanyian penyanyi popular, Naim Daniel dilihat terus berpanjangan apabila bekas teman wanitanya iaitu Dayana Emerda baru-baru ini telah membuat satu sidang media untuk ‘menuntut’ haknya sebagai pencipta lagu tersebut. Berikutan daripada isu ini, Naim telah tampil dan membidas dakwaan yang dinyatakan oleh bekas teman wanitanya itu.

Kemukakan bukti kukuh

Memetik laporan daripada Harian Metro, Naim Daniel atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Bin Baharin telah meminta Dayana untuk mengemukakan bukti yang menunjukkan bahawa lagu Sumpah itu adalah ciptaan mereka bersama. Tambah Naim lagi, dia dan pihak pengurusan tidak akan memandang rendah dan akan bersikap terbuka sekiranya terdapat bukti kukuh berhubung dengan isu ini.

Kalau betul seperti didakwa, sila kemukakan bukti.

Naim diberi tempoh seminggu

Menurut Naim, sidang media yang dilakukan bekas teman wanitanya dengan membangkitkan semula isu lama itu adalah semata-mata untuk mendapatkan perhatian orang ramai.

Naim yang telah diberi tempoh seminggu oleh peguam, Datuk Ahmad Zaharil Muhayar untuk mendaftarkan lagu berkenaan sebagai hak milik bersama walau bagaimanapun  berkata dia terbuka dengan dakwaan itu sekiranya pihak Dayana dapat mengemukakan bukti kukuh.

Oleh kerana tuntutan itu secara tiba-tiba dan dipublisitikan sedemikian rupa untuk mendapat perhatian, saya dan pasukan akan memberikan maklum balas dengan segera. Insya-Allah esok. Kami sentiasa terbuka untuk menerima jika terdapat bukti kukuh.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×