berita

Simpan Dendam Selama 50 Tahun, Warga Emas Tembak Kawan Sekelas Masa Reunion

August 28th, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sering dibuli ketika di bangku sekolah, seorang warga emas berusia 69 tahun nekad menembak rakan sekelasnya ketika majlis reunion. Menerusi laporan World Of Buzz, lelaki yang dikenali sebagai Thanapat, menyimpan dendam tersebut selama 50 tahun yang lepas.

Buli dan tanam hidup-hidup

Sekadar gambar hiasan

Menurut sumber, Thanapat yang merupakan seorang pesara tentera laut, menghadiri majlis reunion bersama rakan sekelas yang pernah membulinya ketika di sekolah dahulu. Mereka semua merupakan rakan sekelas pada tahun 1966 tetapi masing-masing terputus hubungan selama lebih 50 tahun. Disebabkan terpisah terlalu lama, mereka telah mengadakan perjumpaan semula di sebuah kedai di mana mereka menghabiskan masa untuk berbual dan minum arak.

Semasa majlis tersebut, Thanapat bertemu dengan rakan sekelasnya iaitu Suthud yang merupakan individu yang selalu membulinya. Kiranya, Suthud merupakan ketua yang mengajak rakan-rakan lain untuk tanam dirinya hidup-hidup. Menurut Thanapat, dia hampir mati pada ketika itu. Namun, dia bersyukur nyawanya masih panjang dan terselamat daripada insiden itu.

Menjumpai beberapa jenis pistol

Sekadar gambar hiasan

Sepanjang majlis reunion, Thanapat tidak dapat menerima kenyataan apabila semua rakan sekelasnya seolah-olah tidak teringat masa lalu. Memori hitamnya semakin terngiang-ngiang di fikiran apatah lagi melihat si pembuli berada di hadapannya. Disebabkan tidak tahan dengan sikap Suthud pada masa lampau, dia mengeluarkan pistol lalu menembak rakannya itu.

Ketika dia menembak, beberapa rakan kelas yang lain berjaya melarikan diri dan ada di antara mereka cuba menyelamatkan Suthud. Tapi malangnya, Suthud disahkan maut selepas terkena tembakan tersebut. Thanapat bagaimanapun tidak melarikan diri, sebaliknya dia duduk saja dan menyalakan rokok. Pihak polis tiba di kawasan tersebut tidak lama selepas insiden itu. Mereka menjumpai beberapa jenis pistol di tempat kejadian. Pistol tersebut dipercayai milik Thanapat ketika menjadi tentera masa lalu. Kes tersebut masih dalam siasatan pihak polis.

Sumber: World of Buzz

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×