berita

Simpan Duit Nak Buat Umrah Ke Nak Bayar Deposit Rumah? Tak Payah Runsing IJM Land Seremban 2 Ada!

May 20th, 2019 | by Epul
Shout Out!

Runsing la aku, duit yang aku kumpul ni nak bayar deposit rumah, tapi time sihat ni la aku nak buat ibadat umrah!

Korang pernah tak ada perasaan macam ni, berusaha kumpul duit nak beli rumah tapi pada masa yang sama nak buat ibadat umrah. Wang simpanan pula bukan cukup nak buat dua-dua benda serentak.

Kalau nak tangguh salah satu, makin lama komitmen pula makin meningkat. Hmm.. Susahnya nak buat keputusan! Tapi korang tau tak yang sebenarnya korang ada peluang untuk pergi umrah dan beli rumah dalam masa yang sama dan paling best pergi umrah ni PERCUMA! 

IJM Land Seremban 2, Pemenang Anugerah Perbandaran Terancang, tawar peluang Umrah dan Ziarah

Yup korang tak salah baca. Sekarang, kalau korang beli rumah dengan IJM Land di Seremban 2, korang berpeluang untuk mendapat pakej mengerjakan umrah yang bernilai RM10,000!

Pakej umrah yang ditawarkan ni berserta sekali dengan program ziarah ke negara Timur Tengah seperti Dubai, Muscat, Istanbul dan Kaherah. Wow seronoknya!

Kaherah, Mesir

Dubai

Muscat, Oman

Istanbul, Turki

Macam mana nak dapatkan pakej ni?

Nak jadi yang bertuah yang mendapat pakej Jom Umrah dan Ziarah! ni? Senang je, korang mestilah seorang bumiputera dan beli rumah dengan IJM LAND Seremban 2,  Yelah kata nak beli rumah kan, ni la tawaran menarik dan hebat yang korang tak boleh lepaskan, harga rumah yang ditawarkan adalah mampu milik.

Kalau korang nak tau, Jom Umrah dan Ziarah! ni merupakan promosi  tambahan daripada promosi-promosi yang sedia ada oleh pihak IJM Land Seremban 2.

Korang jangan risau, tawaran untuk cash rebate sehingga 20% dan bayaran guaman ditanggung oleh IJM Land Seremban 2 masih ada kalau korang beli rumah melalui program ni. Bukan itu je, korang juga berpeluang pilih sendiri tarikh penerbangan kalau korang dapat pakej ni. Dengan syarat, urusan jual beli rumah korang telah pun selesai.

Tawaran BELI RUMAH, Jom Umrah dan Ziarah! berlangsung daripada April sehingga Julai 2019. Jangan lepaskan peluang korang!

IJM Land mudahkan bumiputera beli rumah. Berbaloi-baloi pula tu!

Siapa kata bumiputera susah nak dapat rumah kat kawasan strategik? Ni kami share sikit unit rumah yang dijual untuk Program Pemilikan Rumah Bumiputera, IJM Land, Perbandaran Seremban 2:

Ara Impian Rumah Teres 2 Tingkat harga bermula RM388,000

Kalau korang nak tau IJM Land sebenarnya menawarkan banyak lagi jenis rumah dan size tau, sesetengah hartanah juga sudah dilengkapi dengan perkakasan rumah. Hmm. Boleh jimat ni!

Selain tu, korang juga boleh view terlebih dahulu rumah yang korang nak beli sebelum membuat pembayaran untuk deposit.

Korang mesti nak tau kan kenapa orang asyik cakap tentang hartanah IJM Land Seremban 2 ni?. Haa.. Sebabnya Seremban 2 ni merupakan perbandaran serba lengkap dan juga moden tau ada banyak kemudahan kat sini seperti:

  • Infrastruktur jalan raya yang bagus
  • 2 taman rekreasi
    • Hill Park seluas 30 hektar
    • City Park seluas 15 hektar berserta tasik
  • Kompleks sukan awam
  • Masjid Hussain
  • 7 buah sekolah
  • Pusat beli-belah AEON dan pasaraya besar MYDIN

Sekarang korang dah tau kenapa ramai orang nak memiliki rumah di IJM Land Seremban 2 kan? IJM Land ni juga merupakan salah satu syarikat pembangunan hartanah, yang telah mendapat tempat kedua dalam TOP TEN syarikat pemaju hartanah oleh The Edge Malaysia Top Property Developers Awards (TDPA) 2018 tau.

So, tunggu apa lagi? Kalau korang nak dapat pakej Umrah dan Ziarah! ni, layari je seremban2.ijmland.com untuk tengok sendiri tawaran rumah yang mereka sediakan atau nak mudah kunjugi sahaja Pejabat Jualan IJM Land Seremban 2 atau hubungi 1800 222 456.

Kalau lambat korang juga yang rugi nanti!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×