Di Instagram, bekas penyanyi nasyid iaitu Suhaimi Saad, menempelak kenyataan pelakon, Catriona Ross yang sebelum ini bengang dan kesal dengan tindakan segelintir masyarakat yang pulang ke kampung menjelang ‘total lockdown’.
Perlu faham masalah orang lain
Amboii. Sedap dan nampak puas, klimak sangat bila kau dapat kata rakyat ni se-tu-pid dan b*ngai eh. Jangan megah sangat la dapat buat macam tu kak. Kau kena faham yang masalah dan keperluan orang ni tak sama. Jangan buat baju satu saiz, lepas tu nak paksa semua orang pakai baju dengan saiz yang sama. Tu lagi b*ngai.
Sudah setahun lebih kot orang patuh, taat, ikut, sabar. So kau nak suruh rakyat ni puji dan bagi pingat ke kat kerajaan? Simpan la kau punya b*doh dan b*ngai tu. Jangan tunjuk sangat. Nanti orang meluat.
Menurut Suhaimi, pelakon tersebut perlu faham mengenai masalah dan keperluan yang berbeza bagi setiap individu di negara ini. Tambah Suhaimi, sudah setahun rakyat akur dengan arahan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. Oleh itu, pelakon tersebut tidak sepatutnya meluahkan perasaan dan mengeluarkan perkataan-perkataan yang kurang manis terhadap masyarakat di media sosial.
Kesal sikap masyarakat
Terdahulu, Catriona Ross tidak dapat menggambarkan perasaannya apabila melihat foto kesesakan jalan raya di sebuah lebuh raya di Malaysia. Menurut Catriona, sudah 16 bulan negara berada dalam keadaan sebegini dan kenapa masih ramai yang tidak faham mengenai pandemik Covid-19. Catriona turut berharap video yang dimuat naik olehnya itu sedikit sebanyak dapat menjentik hati dan memberikan kesedaran kepada masyarakat.
Sumber: Suhaimi Saad