berita

Simpan RM1,000 Dalam Masa Sebulan? Jom Sertai ‘Simpan Challenge’, Boleh Menang Wang Tunai Tau!

April 5th, 2021 | by Shahira
Shout Out!

Walau seboros mana pun kita, penyimpanan wang adalah sangat penting bagi setiap individu. Hal ini kerana, simpanan itu mampu membantu sekiranya kita menghadapi perkara yang tidak dijangka dan ianya juga bertindak sebagai ‘jaring’ keselamatan pada masa hadapan.

Jadi, kalau korang nak simpan duit tetapi tak tahu bagaimana caranya, jom kita sertai ‘Simpan Challenge’. Apa yang menariknya, duit simpanan korang akan bertambah tau kalau sertai kempen ini.

Jom join The Simpan Challenge

The Simpan Challenge ini merupakan kolaborasi HeyAlfred dan Pod dimana ianya bertujuan untuk mendorong rakyat Malaysia membuat simpanan selain dapat membantu menstabilkan kewangan. Untuk pengetahuan korang, Simpan Challenge pertama kali diperkenalkan pada tahun 2009 oleh penyokong pengurusan kewangan iaitu Abuayubul Al-Ansari atau lebih dikenali dengan nama ‘Abang Abu, mekanik wang’. 

Kempen ini akan berlangsung bermula dari 7 April 2021 hingga 7 Mei 2021. Korang yang join kempen ini berpeluang untuk menyimpan duit berjumlah RM1,000 dan lebih dalam hanya 30 hari sahaja. Banyak tu! Boleh lah simpan untuk berbelanja menjelang Hari Raya nanti.

Cara daftar The Simpan Challenge

Jadi korang mesti tertanya-tanya kan macam mana nak join The Simpan Challenge ni? Pertama sekali adalah korang perlu ada telefon pintar dan muat turun aplikasi HeyAlfred di App Store atau Google Play Store. Selepas aplikasi selesai dimuat turun, korang kena ‘sign up‘ atau membuat pendaftaran terlebih dahulu sebelum 7 April 2021.

Para peserta yang berdaftar perlu mengumpul mata ganjaran yang diperlukan dengan menyimpan RM1,000 atau lebih. Bukan itu sahaja, peserta juga layak menerima ‘tip’ dan mata ganjaran harian sekiranya korang melakukan tugasan yang ditetapkan di aplikasi HeyAlfred.

Berpeluang menang wang tunai lagi!

Haa hadiah kumpulan wang tunai juga akan bertambah dari hari ke hari sebanyak RM10 sekiranya ada peserta baru yang sertai Simpan Challenge. Adalah diingatkan bahawa, yuran pendaftaran berjumlah RM20 dikenakan dan tidak akan dikembalikan. Korang bukan sahaja dapat simpan RM1,000 tapi berpeluang berkongsi hadiah kumpulan wang tunai tau!

Tunggu apa lagi? Jom daftar The Simpan Challenge cepat, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh layari Website: www.simpan.heyalfred.co atau Facebook: www.facebook.com/SimpanChallenge2021

SKIP THIS AD ×