berita

Simpan Stok Susu Buat Baby Danial, Abby Abadi & Keluarga Selamat Berangkat Ke Tanah Suci

December 6th, 2019 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Pelakon Abby Abadi dan suaminya Muhammad Faizal Zakaria telahpun berangkat ke Tanah Suci Makkah, semalam, bagi mengerjakan umrah bersama anak-anak dan bekas suaminya iaitu Norman Hakim.

Menerusi Instagram Abby, pelakon ini berkongsi beberapa posting sebelum bertolak ke Tanah Suci. Antara posting yang mencuri perhatian netizen ialah stok susu yang ditinggalkan oleh Abby buat bayi pramatangnya Muhammad Danial Firman yang masih dirawat di hospital.

Stok susu cukup

https://www.instagram.com/p/B5r7_v-jNt0/

Terdahulu, Abby pernah berkongsi bahawa dia menerima bantuan daripada Memey untuk mengumpul stok susu badan buat baby Danial Firman yang masih dirawat di hospital. Menurut Abby, dia telah meninggalkan stok susu untuk lebih 10 hari buat bayinya sebelum berangkat ke Tanah Suci. Tambahnya, dia akan mendoakan kesihatan bayinya itu nanti di hadapan Kaabah.

Tinggal sekejap jantung hati Mama

https://www.instagram.com/p/B5sT8VJDL-D/

Abby juga tidak membawa dua anak angkatnya, Maisara Dayana Fathia dan Muhammad Daiyan Fayyadh atas faktor usia mereka terlalu kecil. Selain Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim serta Maria Danisha Hakim, turut berangkat sama ke Tanah Suci ialah Norman Hakim dan Memey Suhaiza serta anak-anak mereka Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.

Doakan perjalanan kami

https://www.instagram.com/p/B5sfMdajSCC/

Sumber: Abby Abadi

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×