berita

Simple Tapi Cantik! Cuma Bermodalkan RM6k, Perkahwinan Wanita Ini Jadi Perhatian

June 18th, 2019 | by Shafika
Indahnya Perkahwinan

Tidak dinafikan, hari ini ramai yang terbantut untuk berkahwin segera memikirkan bajet kahwin yang keterlaluan. Namun, sebenarnya korang boleh juga berjimat dengan mengikut kesesuaian bajet korang. Jangan terlalu mengikut apa kehendak orang atau apa yang diperkatakan orang lain.

Apa kata korang cuba ikut bajet wanita ini yang hanya bermodalkan RM6K, wanita ini berjaya buktikan dia mampu untuk buat majlis yang simple. Apa yang penting ialah keberkatan.

1. Mas kahwin

Di negeri Kelantan, hanya wang hantaran sebab mas kahwin tidak ditetapkan kecuali negeri lain. Wang hantaran ni untuk pengantin perempuan sepenuhnya. Melainkan pihak perempuan setuju untuk membelanjakan wang tersebut untuk belanja kenduri.

2. Hantaran


Yang ni sya okay je, tak nak membazir. Beli barang yang kita guna je, tak mahal pun takpe. Bergantung pada individu . Sya buat 7 dulang berbalas 7 je. Ini contoh belanja barang hantaran (par):
* Kain pasang – Sponsor
* Handbeg – Beli ig Charles keith RM150
* Set Mandian – SASA RM55
* Telekung & Sejadah – MIL Sponsor
* Coklat duty free – RM80
* Pulut kuning – Nenek buat
* Sireh junjung – Sebab merisik skli tunang haritu tak bawa, so kita ikut adat
Total : RM 285

3. Cincin


Sebagai hadiah untuk pengantin perempuan, bajet maksimum 500-800 . Tapi yang ni sya berkenan cincin italian, so sya tambah RM300 je . Yang lain husband sya bagi. Sya tempah dekat Wan Hussin Wan Zaki (Kedai dkt restoren Wau kb)
Total: RM300

4. Bridal – Warna Warni Bridal

Pelamin ni sya booking dengan WWB, memang servis tiptop. Harga dengan kualiti setanding. Bajet ikut kemampuan customer, boleh bagi gambar contoh mcm mana nak. Kalau yg latest dari bridal lain pun takpe. Kalau dapat buat dia buat . Bagus sgt ?
RM2500 pakej sya ambil termasuk :
* Pelamin
* Full carpet
* Baju sepasang
* Makeup 1x
* Stage par
* Meja beradap
* Payung
* Pelapik nikah
* Bunga tangan
* Accessories
Berbaloi tak? Hahahaha
Berbaloi sangat. Cantik, theme gold white campir hijau daun je ?
Total : RM2500

5. Meja beradap

Yang ni pun sya tak perlu keluarkan duit sebab dah termasuk under pakej bridal tadi. Cantik sangat sangat tak perlu keluarkan duit.

6. Baju akad nikah


Baju akad nikah ni sya tempah jahit je, pastu beads tu jahit sendiri. Gigih sebab sebulan tak kerja puasa semua buat sendiri ?
Belanja jahit baju :
* Kain duchess jakel (offwhite) – RM100 4M
* Veil – RM18 1M (Sya tak letak bead ke ape, nak simple. Buat bentuk je
* Beads – Cintaku RM30
* Upah jahit – RM90 (Kalau jumpa tailor murah lagi jimat uols. Dgn harga ni baju sya pun memang cantik terletak)
Total : RM238

7. Mekap

Mekap ni sya tak perlu hire sebab under pakej bridal dah ada 1x makeup, so sya guna untuk bersanding. Akad nikah mekap sendiri je, lgpun majlis malam tak lama so simple2 pun dah cukup hahahaha kan?
Total : RM0

8. Photografi – Hazeem Ghazali

Yang ni sya paling cerewet nak pilih sebab sya nak kualiti gambar yang cantik, tak sangka yang sya dapat pun sangat cantik ? Sangat berpuas hati, wowwwww gittew
RM1550 termasuk :
* Akad nikah
* Sanding
* Free outdoor
Total : RM1550

9. Khemah

Khemah ni kakak sya yang sponsor terima kasih sponsor khemah dua biji kos untuk dua ni RM570. Sya dah jimat kat sini
Total : RM0

10. Doorgift

Buntu nak letak apa so sya decide letak apa yang termampu je. Untuk 500pax undangan sya buat ni 700pax, perlu lebihkan sebab tkut tak cukup.
Kos untuk doorgift RM800 macam tu. Ni bergantung pada bajet uols la yer

11. DJ

Yang ni sya tak hire sebab anggaran RM300-RM450 untuk hire dj. Tak nak membazir, abang ipar tolong handle speaker dan download lagu je. Majlis pun tak sunyi.

12. Baju sanding

Dah termasuk dengan pakej, memang berbaloi sangat. Pelamin cantik + baju cantik

13. Kad kahwin – @ajkadkahwin (Instagram)

AJ Kad Kahwin
Yang ni sya ambil dengan aj kad, tuan senang berurusan. Sya pun orang senang, sya lgi memudahkan kerja.
Sya buat 500pcs RM199 termasuk:
* Kad 500pcs
* Sampul 500pcs
* Banting 1
* Arrow 2 ( Kalau kecil bleh buat 4)
Total : RM199

14. Bunga telur


Bunga telur ni sya beli untuk pihak lelaki dan kawan kawan je 200pcs . Beli kat Rantau Panjang
Total : RM100

15. Jamuan makan

Yang ni buat gotong royong je, kat kg so ramai yang datang menolong. Lauk pun ada sampai ke malam, kalau catering pkul 6 je paling lama. Anggaran daging ayam semua lepas bayar guna duit (ngele) dari tetamu & sanak saudara. So ma sya perlu tambah RM2000 untuk bahan mentah lain lain untuk dua hari majlis Jumaat malam (Akad nikah) & Sabtu (Sanding) . Lagipun selain gulai ada bubur, laksa, mee celup(lain pada lain skit) dan kuih muih

Total : RM0 (Ma sponsor)

Alhamdulillah semua selesai berjalan dengan lancar tambahan ramai yang support, sya pun biasa biasa je cuma ada keluarga yg xlokek utk menolong. Terima kasih semua, suami (Hanif Lokman ) serta Ma, Abah, Adik beradik serta ahli keluarga yang support dari segi tenaga sebelum majlis hingga selesai. Boleh share, kalau rasa membantu bakal pengantin. Goodluck uols, pilihan di tangan anda.

Sumber : Nor Syahidah

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×