berita

Sistem Kamera Dwi-Matrik Sebenar, HUAWEI P50 Pro Terbaru Ni Akan Buat Korang Terpikat!

January 14th, 2022 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Buat semua penggemar smartphone HUAWEI, pastinya korang dah tak sabar menantikan kemunculan siri P HUAWEI yang terbaru. Maklum la siri P untuk HUAWEI memang terkenal dengan kamera yang hebat. Hasil gambar yang ditangkap tak pernah mengecewakan!

Lagi-lagi sekarang dah keluar pulak siri P HUAWEI yang terbaru, HUAWEI P50 Pro. Ramai tak sabar nak tengok! Untuk pengetahuan korang, HUAWEI P50 Pro akan dilancarkan secara rasminya pada 12 Januari 2022 di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid. Syok la!

Nak tahu apa yang best tentang HUAWEI P50 Pro ni? Meh kami bagitahu korang!

HUAWEI P50 Pro dilengkapi kamera double ring yang ikonik

Peminat smartphone pastinya tahu tentang siri P HUAWEI yang sentiasa mengetengahkan kombinasi antara estetik dan fotografi. Tak hairan la kalau ramai kaki gadget yang kagum dengan kehebatan kameranya.

HUAWEI P50 Pro telah mengetengahkan Dual-Matrix Camera Design. Korang akan rasai pengalaman menangkap gambar secara professional dari segi fungsi dan pembentukan perspektif.

Reka bentuknya memberikan kombinasi sempurna untuk kamera berganda yang lebih praktikal yang dimuatkan dalam double ring yang mengembalikan reka bentuk klasik untuk siri P HUAWEI.

Dengan kehadiran HUAWEI P50 Pro, reka bentuk kameranya dikembalikan semula kepada rekaan asalnya dan memperkenalkan Dual-Matrix Camera Design, yang kelihatan lebih menarik membuatkan HUAWEI P50 Pro lebih dikenali.

Reka bentuknya simple tapi elegan

Macam mana reka bentuknya? Nice tak?

Orang selalu cakap yang “less is more”. Tapi dengan HUAWEI P50 Pro ni, “less is definitely more”. Rekaannya simple tapi beri nilai estetik tau. Korang mesti suka punya la!

Hasil daripada rekaannya yang centrosymmetric dan bulatan yang konsisten di setiap bucu binaan smartphone ni buatkan HUAWEI P50 Pro selesa dipegang.

HUAWEI P50 Pro ni dihadirkan dalam dua variasi warna iaitu Golden Black dan Cocoa Gold. Dua-dua warna ni cantik wei!

Lebih nipis, ringan & selesa dipegang

Ringan ke smartphone ni?

HUAWEI P50 Pro dihadirkan dengan paparan skrin lekuk 3D bersaiz 6.6 inci, lubang kamera hadapan yang diletakkan di tengah kepala skrin, dengan 120Hz refresh rate dan juga 300Hz touch sampling rate. Smartphone ni mempunyai ketebalan 8.5mm, dengan berat 195g dan saiz bateri sebesar 4360mAh.

Apa yang kami boleh katakan, HUAWEI P50 Pro ditampilkan dengan paparan skrin dan bateri yang lebih besar, di samping rekaan yang lebih nipis, ringan dan selesa untuk dipegang. Paling hebat, ia mampu kalis air dan habuk dengan kadar IP86 tau.

Memiliki respon yang laju & lancar

Tindak balasnya okay tak?

HUAWEI P50 Pro dihadirkan dengan skrin lengkung 3D dengan kamera depan yang terletak di tengah kepala skrin. Dengan kemampuan paparan HDR (high dynamic range) yang mampu untuk menghasilkan P3 colour gamut, korang akan puas hati apabila menonton video dan bermain game dengannya.

Kalau korang nak tahu, paparan skrin HUAWEI P50 Pro dilengkapi dengan kemampuan 120Hz refresh rate. Paparan skrin jadi lebih lancar dan 300Hz touch sampling rate bantu mempercepatkan respon paparan skrin.

Respon yang laju dan lancar pada HUAWEI P50 Pro ni la yang buat ramai peminat HUAWEI terpikat dengannya!

Gambar cantik dengan True-Chroma Front Camera

Lepas tangkap gambar, boleh edit lagi tak?

HUAWEI P50 Pro dilengkapi dengan True-Chroma Front Camera yang mampu untuk fokus pada objek yang jarak lebih dekat sehingga 14cm. Dengan satu klik je, korang boleh terus edit gambar dengan beauty chart.

Sistem pengimejan dan paparan HUAWEI P50 Pro menggunakan P3 wide colour gamut, jadi korang dapat tengok paparan yang warnanya lebih tepat dan variasi warna yang lebih luas. Seronok la korang nak merakam nanti.

Paling menarik, paparan skrin HUAWEI P50 Pro boleh hasilkan sehingga 1.07 billion warna dan paparan teknologi True-Chroma mampu menghasilkan warna yang lebih tepat. Penetapan warna paparan skrinnya juga telah dinaik taraf dari single-channel calibration kepada dual-channel calibration tau.

Warna dan kecerahan paparannya selesa untuk mata!

Kredit: Fotografer nuar yusli

Apa yang uniknya tentang HUAWEI P50 Pro ni?

Ia dilengkapi dengan pelbagai teknologi yang membolehkan paparan skrinnya ditetapkan secara automatik berpandukan cahaya sekeliling. Jadi, mata korang akan kurang penat jika menggunakannya untuk jangka masa yang panjang.

Teknologi pemalapan 1440Hz PWM membantu melindungi dan mengurangkan kerosakan kesan strob dalam keadaan gelap, yang mambantu mengelakkan keletihan mata pada pengguna.

Dengan begitu banyak ciri yang hebat dalam satu smartphone ni, takkan korang nak lepaskan peluang untuk memilikinya kot?

Eh, tapi bukan pasal HUAWEI P50 Pro je yang kami nak kongsikan dengan korang kali ni. Lagi surprise tau. Mesti korang terkejut punya!

HUAWEI P50 Pocket, smartphone boleh lipat terbaru HUAWEI pun dah keluar wei!

Surprise! Selain HUAWEI P50 Pro, HUAWEI juga memperkenalkan HUAWEI P50 Pocket, smartphone boleh lipat yang terbaru daripada HUAWEI. Dilengkapi ciri-ciri kamera terbaik HUAWEI, ia memberikan pengalaman fotografi terbaik kerana dilengkapi dengan perkakasan dan perisian terhebat!

Apa yang kami boleh katakan tentang HUAWEI P50 Pocket? Ini la smartphone padat lagi berkuasa!

  • Membuka Kehidupan Kita
    Huawei P50 Pocket
    menerapkan ciri-ciri minimalist dengan reka bentuk yang canggih. Lipatan yang lancar menghasilkan skrin yang lebih licin, membolehkan peranti dilipat di samping mengekalkan simetri skrin yang sempurna.

 

  • Meneroka Setiap Sudut Alam Yang Terlihat Dengan Ultra Spectrum Camera Matrix
    Huawei P50 Pocket
    dilengkapi dengan teknologi penuh untuk siri HUAWEI P50, termasuklah True-Chroma Image Engine, HUAWEI XD Optics dan banyak lagi. Ia terdiri daripada 10-Channel Multi-Spectrum Sensor, Ultra Spectrum Illuminator, AF Laser, 40MP True-Chroma Camera, 13MP Ultra Wide Angle Lens dan 32MP Ultra Spectrum Camera.

 

  • Pengalaman Yang Lebih Mengasyikkan
    – Paparan Skrin dan Penutup Skrin untuk HUAWEI P50 Pocket memberikan pengalaman interaksi yang pintar dan hadir dengan inovasi Ultra Spectrum Camera Matrix.
    – Menerusi aplikasi Mirror, pengguna boleh menggunakan ciri-ciri pengesan Sunscreen untuk memastikan yang mereka telah menggunakan krim pelindung matahari dengan sekata.
    – Jika pengguna ingin memastikan penggunaan krim pada bahagian lain, mereka hanya perlu untuk tekan dua kali pada paparan skrin untuk mengaktifkan mod Pro (MONO).

Senang cerita, HUAWEI P50 Pocket ni menggabungkan beberapa elemen dari HUAWEI P50 Pro dalam bentuk flip, tapi dalam bentuk mini.

AppGallery

Pengguna HUAWEI P50 Pro dan P50 Pocket kini boleh memuat turun aplikasi kegemaran mereka daripada AppGallery, pasaran aplikasi rasmi oleh Huawei yang diprapasang dalam telefon pintar.

Kini, kebanyakan aplikasi popular Malaysia telah pun tersedia di AppGallery, menyediakan pengguna tempatan akses mudah kepada aplikasi popular termasuk airasia, Boost e-dompet, EASI, Grab, Syok, Tealive, TGV Cinemas, ZUS Coffee dan banyak lagi melalui platform.

Aplikasi tempatan yang paling banyak digunakan seperti MAE oleh Maybank2u, CIMB Clicks Malaysia, GO oleh Bank Islam, allianceonline Mobile, MyYES dan SOCAR juga baru menyertai platform ini untuk memenuhi keperluan gaya hidup yang berbeza.

Nampak tak? Dah terbukti yang HUAWEI P50 Pro ni kena jadi milik korang. Spesifikasinya menarik sungguh. Lain dari yang lain tau. Korang akan rasai pengalaman yang menyeronokkan dengannya!

Korang boleh buat pre-order HUAWEI P50 Pro sekarang dengan harga RM4,199, siap dapat hadiah percuma yang bernilai sehingga RM2,100 termasuk HUAWEI Watch GT 2 Pro, tawaran hebat pada AppGallery dan banyak lagi!

Pratempahan boleh dibuat di Laman Web Rasmi HUAWEI, HUAWEI Flagship Store di Lazada, HUAWEI Official Store di Shopee.

HUAWEI P50 Pocket juga boleh pre-order di Laman Web Rasmi HUAWEI, HUAWEI Flagship Store di Lazada, HUAWEI Official Store di Shopee dari 22 Januari 2022.

Selain tu, korang boleh usha di HUAWEI Experience Store berdekatan korang tau. Kami yakin korang akan puas hati dengan HUAWEI P50 Pro terbaru ni. Dapatkannya segera!

#HUAWEI #P50Pro #P50Pocket #Smartphone #DualMatrixCameraDesign #TrueChromaShot #LegendReborn #CompactYetPowerful 

SKIP THIS AD ×