

Pelakon, Siti Elizad meluahkan rasa terkilan apabila suaminya, Shamsul Baharin Abdul Rahman dikutuk kerana dianggap tidak mampu memberikan kemewahan kepadanya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Terima Kasih Jadi Suami Yang Terbaik & Tak Pernah Tanya Soalan Menyinggung Hati I’
Bahagia cara sendiri
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Elizad atau nama lengkapnya Siti Elizad Mohd Sharifuddin berkata, meskipun kehidupannya dilihat tidak mewah oleh segelintir pihak namun, dia tetap bahagia dengan cara yang tersendiri.
Stop talking nonsense about my husband.
Terlihat biasa di mata awak tetapi sangat luar biasa di mata saya.
Hidup saya tak mewah macam awak tapi Alhamdulillah lebih dari cukup.
Allah dah tetapkan kami begini, jadi jalani saja dengan tenang, tak kacau orang pun.
Elizad berkongsi perkara tersebut selepas memuat naik hantaran momen dirinya bersama suami yang menyertai konvoi motosikal sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-41 tahun pada Ahad.
Tak berlumba dengan orang lain

Tambah pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Teman Lelaki Upahan’ itu lagi, kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga itu bukanlah bergantung kepada kemewahan semata-mata.
Apa yang dia (suami) sediakan, saya dah gembira.
Teratak kecil kami, makan di kawasan rehat dan rawat, hotel RM80, gelak-gelak sepanjang naik motor, naik tongkang, itu semua dah buat saya bersyukur.
Hidup kami tak berlumba dengan orang lain sebab hidup ini bukan satu pertandingan.
Untuk rekod, Elizad dan Shamsul Baharin mendirikan rumah tangga dalam satu majlis yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat pada pada 11 Januari 2015.
Sumber: IGs Siti Elizad






![[VIDEO] Tutup Salun Demi 40 Warga Emas, Diva M Anggap Amal Saham Akhirat](https://asset.ohbulan.com/2026/08/DIVA-M-2.jpg)
