berita

Siti Hariesa Nak Elak Kontroversi, Tapis Babak Panas

October 27th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Sebelum ini, pernah kecoh diperkatakan di media sosial mengenai babak intim Siti Hariesa dan Zul Ariffin dalam drama ‘Perempuan Itu’.

Artikel Berkaitan: ‘Motif Keluarkan ‘Footage’ Yang Belum Disunting Untuk Viral?’ – Umie Aida Dedah Erma Fatima Risau Tengok Babak ‘Panas’ Zul Ariffin

Lebih berhati-hati

Memetik laporan Harian Metro, gara-gara itu Siti Hariesa atau nama sebenar Siti Hariesa Muhammad Hanafi enggan perkara yang sama berulang kembali dan akan lebih berhati- hati dalam pemilihan drama.

Baik atau buruk, publisiti tetap publisiti. Kalau boleh, saya nak elakkan perkara sebegitu (kontroversi) terjadi lagi selepas ini.

Saya sudah ‘move on’ dengan kontroversi yang hampir meletakkan noktah pada kerjaya seni yang baru hendak bermula.

Kejadian itu menjadi pengajaran dalam hidup saya. Jadi selepas ini saya akan lebih berhati-hati untuk meneliti skrip terlebih dulu. Kalau ada babak panas saya akan tapis.

Saya lebih banyak mendiamkan diri ketika itu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang sudah sedia tegang.

Walaupun pernah dikecam hebat oleh netizen, pelakon berusia 25 tahun itu menyatakan dia tidak pernah sekali pun terfikir untuk berputus asa ataupun berundur daripada kerjaya lakonan.

Malah, dia juga mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan pelakon semasa menghadapi kontroversi tersebut.

Sekadar info,Siti Hariesa pernah terpalit dengan satu kontroversi gara-gara video ‘teaser’ yang memaparkan babak intim dengan Zul tular di media sosial.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×