Perkongsian terbaharu ibu kepada pempengaruh, Siti Jamumall iaitu Norizan Jaafar menyorot perhatian netizen.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Aku Dah Penat Hidup Dengan Orang Yang Manipulatif, Narsistik’ – Siti Jamumall

Siti Jamumall disihir?

Menerusi hantaran di TikTok, Norizan memuat naik momen anaknya yang didakwa terkena buatan orang dan sedang dirawat usahawan dan pempengaruh terkenal, Datuk Seri Vida.

Dapat dilihat, Siti tertunduk-tunduk seperti menahan sakit ketika Vida membacakan petikan ayat Al-Kursi sewaktu merawatnya.

Apa yang mencuri perhatian, Siti dan Vida kemudiannya dilihat memuntahkan sesuatu ke dalam bekas khas yang disediakan seakan memberi petanda betapa kuatnya gangguan yang diterima pempengaruh tersebut.

Komen netizen

Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian netizen yang rata-ratanya tidak menyangka Vida mempunyai kebolehan untuk merawat hal yang berkaitan dengan gangguan mistik.

Mereka juga mendoakan agar Siti diberikan kesembuhan dan dapat menjalani kehidupan hariannya seperti biasa.

Sumber: TikTok