
Usahawan dan personaliti media sosial, Siti Jamumall mendedahkan dia pernah berdepan dengan kerugian besar dalam perniagaan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Abang Siti Jamumall Sedih, Netizen Minta Tinggal Berasingan Dengan Adik – ‘Saya Tak Berniat Nak Susahkan Sesiapa’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Vida Tanggung Segala Kos Bersalin, Siti Jamumall Menangis Sebak
Barang dirampas
Menurusi podcast BGTV, Siti atau nama lengkapnya Siti Suriani Wahiddin berkongsi bahawa barang-barang perniagaannya pernah dirampas oleh pihak berkuasa.
Siti mengakui pada ketika itu, dia tidak mengetahui perniagaan yang dijalankan telah menyalahi undang-undang.
Ketika itu barang-barang saya baru sahaja dirampas hampir 600,000.
Kami menjual perfume imitation tetapi ia salah di sisi undang-undang. Kami pula tak tahu dan rupanya boleh dikenakan saman.
Baru sahaja stok dari kontena sampai, kemudian KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) datang dan angkut barang-barang kami.
Saman berjuta

Rentetan itu, usahawan berusia 27 tahun tersebut juga berdepan dengan saman bernilai jutaan ringgit.
Bayangkan kita sudah ambil duit pelanggan, barang tak ada.
Barang kena rampas, yang tinggal kertas saman.
Banyak samannya, kami kena RM30 juta sebab kena saman dengan brand itu juga.
Sumber: TikTok BGTV






![[VIDEO] Haliza Maysuri Turun Merewang Untuk Aqiqah Cucu – ‘Dah La Kaya, Rajin Turun Dapur’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/haliza-maysuri-2.jpg)