Penampilan pelakon Edika Yusof dan Arash Mohamad mencuri tumpuan ramai orang selepas menjadi model di pertunjukan fesyen ‘Siti Khadijah Raya In Vogue’.
Catwalk di pentas
Bertempat di ruang legar pusat beli belah, KL East Mall, Edika dan Arash memperagakan koleksi lelaki SK. Penyanyi Lah Ahmad dan kumpulan Ruffedge memeriahkan penonton yang hadir.
Turut menghiburkan tetamu di premis beli belah itu adalah Lah Ahmad dan kumpulan Ruffedge.
Pelakon senior Vanidah Imran dan Kuza serta pempengaruh terkenal di platform digital turut diundang memeriahkan acara ini.
Selain Padzilah, turut hadir ialah Pengerusi Kumpulan Siti Khadijah, Shafie Shamsuddin dan Pengasas Bersama Siti Khadijah, Aminuddin Mohd Nasir.
Boleh beli dengan Srikandi
Hari ini, Siti Khadijah Apparel Sdn. Bhd. (Siti Khadijah) melancarkan koleksi raya yang diberi nama Raya in Vogue.
Menurut pengasas Siti Khadijah, Hajah Padzilah Enda Sulaiman, koleksi Raya In Vogue yang diperagakan hanya dijual secara fizikal secara terhad di butik di seluruh negara.
Selain itu, mereka juga boleh membeli menerusi ‘personal shopper’ berdaftar yang kami panggil Srikandi di seluruh Malaysia. Hingga kini, kami mempunyai lebih 600 Srikandi berdaftar. Pembelian koleksi ini juga boleh dibuat menerusi laman website.
Jualan sudah dibuka mulai 15 Mac 2023. Jadi rancang pembelian anda dengan bijak, seperti yang dikatakan beli awal tak kalut. Kami tidak menggalakkan orang membeli minit akhir sebelum raya.
Classy patuh syariah
Kata Padzilah lagi, koleksi tahun ini diserlahkan dengan gaya mewah tetapi mengekalkan konsep kesederhanaan dan menitikberatkan soal keselesaan.
Sejajar dengan tagline di Siti Khadijah iaitu, ‘Selesa Luaran, Tenang Dalaman’, koleksi dijual dengan harga di antara RM208 ke RM328.
Tahun sebelumnya kami ada tampilkan rekaan bercirikan nusantara, klasik dan sebagainya. Tahun ini kami tampilkan elemen yang lebih ‘classy’ namun mengekalkan ciri patuh syariah.
Lima koleksi baju kurung kami namakan sebagai Nazrin Kurung Pesak, Azra Kurung Pesak, Alara Kurung Moden, Aylin Kurung Moden dan Zehra Kurung Pahang. Dan setiap koleksi dihadirkan dengan lima pilihan warna.
Bagi koleksi lelaki pula kami namakan Daud Baju Melayu, juga dengan lima pilihan warna. Selain itu, ada juga pilihan jubah, tudung sarung, bawal satin dan biasa.
Dalam pada itu, Padzilah berkata pihaknya juga enggan statik dan mahu terus mengembangkan jenama ini ke persada antarabangsa. Hingga kini, jenama itu mempunyai 47 butik di seluruh Malaysia, dua butik di Indonesia dan bakal melebarkan sayap ke Singapura.
Bermula dengan penjualan telekung, jenama Siti Khadijah (SK) mula mempelbagaikan jenis rangkaian produk termasuk pakaian untuk wanita dan lelaki.
Selepas 14 tahun mengukuhkan nama di pasaran, kehadiran koleksi baju raya untuk lelaki dan wanita menyemarakkan lagi persaingan di antara pengeluar pakaian patuh syariah di negara kita.
Koleksi Raya In Vogue ini menampilkan lima baju kurung, satu baju Melayu selain jubah wanita.
View this post on Instagram