berita

Siti Khadijah Tawar Perkhidmatan Sulaman Nama Percuma Sempena Ulang Tahun Ke-15, Lancar Koleksi Ramadan

March 2nd, 2024 | by Azyan
Kini Trending

Siti Khadijah – salah satu pengeluar pakaian solat terkemuka negara, teruja untuk mengumumkan pelancaran koleksi dan tawaran terbaharunya untuk bulan Ramadan yang akan datang.

Acara ‘Menyimpul Kasih’ adalah bersempena Ulang Tahun Siti Khadijah yang ke-15 tahun, bermula dari 28 Februari hingga 3 Mac 2024 bertempat di 10l City Mall, Putrajaya.
Majlis tersebut dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri.

“Saya ingin merakamkan pujian dan penghargaan di atas usaha dan inovasi berterusan Siti Khadijah”

Usaha Siti Khadijah dalam menghasilkan kepelbagaian variasi telekung bagi memenuhi kehendak pelanggan mereka mendapat sokongan serta pujian daripada YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri.

Usaha ini bukan sahaja mengukuhkan jenama Siti Khadijah, malah memberikan nilai tambah kepada produk tempatan. Pengeluaran produk inovatif dan berkualiti tinggi sebegini melengkapkan penyelesaian gaya hidup dan secara tidak langsung, dapat memupuk ikatan keluarga dan komuniti yang lebih kukuh,” kata Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri.

Pelanggan Siti Khadijah boleh menerokai rangkaian penuh pameran produk dan menikmati diskaun menarik untuk produk terpilih. 

“Koleksi yang direka ini melambangkan komitmen Siti Khadijah dalam menggabungkan tradisi dengan keanggunan kontemporari, dan menawarkan rangkaian pakaian yang memenuhi pelbagai keperluan pelanggan kami.”

Koleksi Ramadan Siti Khadijah pada tahun ini mempamerkan reka bentuk yang sederhana namun bergaya, warna yang lembut dengan corak yang menarik,” kata Mohammad Munzir Aminuddin, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.

Pelanggan Siti Khadijah boleh menerokai rangkaian penuh pameran produk dan menikmati diskaun menarik untuk produk terpilih. la juga sesuai dijadikan hadiah untuk seisi keluarga.

Pelanggan juga dapat memiliki beg beli-belah atau bekas minuman percuma dengan pembelian minimum sebanyak RM500.

Siti Khadijah turut menawarkan perkhidmatan sulaman nama percuma dengan setiap pembelian telekung bbaharu.

Sesi ‘Try Me’ beri peluang kepada pelanggan untuk melihat fabrik & bahan eksklusif yang digunakan dalam pembuatan telekung Siti Khadijah

Sesi ‘Try Me’ ini dapat memupuk kesedaran akan ketulenan produk Siti Khadijah berbanding produk tiruan.

Ciri utama koleksi Siti Khadijah menekankan aspek-aspek kesopanan dan keanggunan si pemakai semasa majlis perayaan serta memastikan pemakai merasai sentuhan “Selesa Luaran Tenang Dalaman”.

“Koleksi kami direka untuk memberikan keselesaan tanpa menjejaskan gaya serta mesra-solat. Siti Khadijah berbangga dengan hasil kerja yang teliti dalam setiap rekaciptanya. Fokus diberikan pada ketelitian teknikal, iaitu jahitan yang kemas, ukuran dan potongan yang terletak cantik pada badan. Selain itu, reka cipta yang berinovasi ini memberi nilai tambah dan membantu si pemakai dalam kehidupan harian mereka,” tambah Munzir lagi.

Siti Khadijah menjemput para pelanggan untuk melihat koleksi Ramadan di semua butik di seluruh negara, dan melalui pembelian dalam talian melalui www.sitikhadijah.com.www.sitikhadijah.com.

Selami semangat Ramadan dengan keindahan pakaian Siti Khadijah yang menawan ini.

 

 

SKIP THIS AD ×