
Pelakon, Siti Khadijah Abdul Halim mengakui mengambil inisiatif sendiri bagi menjayakan babak berkemban dalam filem seram terbaharunya, Khadam.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bercinta Dah Selesa 50-50, Nanti Kahwin Lupa Tanggungjawab Sebagai Lelaki’ – Siti Khadijah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Siti Khadijah Percaya Pada Perancangan Allah, Umur 33 Sebagai ‘Target’ Akhiri Fasa Bujang
Siti Khadijah ‘reject’ babak berkemban

Ketika ditemui OhBulan!, Siti atau nama penuhnya Siti Khadijah Abdul Halim, 29, memaklumkan bahawa keperluan berkemban bagi babak tersebut telah dimaklumkan lebih awal oleh pihak produksi.
Menurut Siti, dia tidak selesa untuk tampil berkemban sepenuhnya lalu mengemukakan permintaan kepada pihak produksi untuk menutup bahagian atas yang terdedah dengan ‘cardigan’ khas.
Betul, memang ada babak berkemban dan mereka pun ada tanya saya sebelum itu.
Sudah tentu saya tak okay. Saya buat permintaan untuk tutup tapi pada masa yang sama kita nak kena realistik juga.
Zaman dulu mana kita tak tahu mereka mandi macam mana. Jadi, apa yang kita boleh buat ialah mereka buatkan cardigan khas untuk saya.
Siti berkata demikian ketika ditemui di tayangan media filem Khadam di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada Selasa.
Dalam pada itu, Siti menyifatkan dirinya sebagai seorang yang sederhana dalam soal penampilan dan tidak gemar berpakaian mencolok mata.
Bagaimanapun, Siti terbuka untuk berbincang serta mempertimbangkan setiap permintaan lebih-lebih lagi jika melibatkan tuntutan kerja.
Saya adalah orang yang menjaga penampilan, tidak berlebih-lebihan.
Bila ditawarkan untuk berkemban, memang saya akan letak syarat. Projek apa pun kalau memerlukan saya pakai ketat atau seksi, saya akan minta tukar.
Tapi kalau atas tuntutan kerja atau watak, saya cubalah untuk berbincang. Semua benda boleh bincang.








