berita

Siti Nordiana Buat Laporan Polis & Tuntut Permohonan Maaf

July 23rd, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sebelum ini, isteri kepada Lan Solo iaitu Sheila Razlan telah tampil memberi penjelasan mengenai hubungan mereka bersama Siti Nordiana.

Artikel berkaitan : ‘Saya Perlu Pertahankan Maruah Apabila Nama Diheret Secara Terbuka’ – Siti Nordiana

Menerusi laporan Harian Metro, Siti Nordiana telah membuat laporan polis  serta menuntut permohonan maaf kepada individu terbabit.

Buat laporan polis

Penyanyi berusia 36 tahun itu dikatakan mengambil keputusan untuk membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras bersama peguamnya pada pukul 9.24 pagi tadi kerana ingin membersihkan namanya daripada dakwaan yang berunsurkan fitnah itu.

Sebenarnya saya enggan ambil tahu jika hal sebegitu dibincangkan dalam kalangan mereka saja. Sebelum ini saya pun sudah ada dengar ura-ura mengenai diri saya jadi bahan percakapan tapi tidak ambil tahu.

Ujarnya lagi, dia berasa terkilan namanya ‘dipetik’ dan sepatutnya isu itu dibincangkan secara profesional, bukannya secara terbuka di khalayak ramai.

Yang saya ralat adalah apabila perbincangan itu dibuat menerusi Instagram Live pula. Saya tak pasti kenapa mereka tak puas hati, kenapa perlu dibuat siaran langsung kerana boleh saja berhubung secara profesional.

Beri masa 24 hingga 48 jam untuk buat permohonan maaf

Walau bagaimanapun, Siti Nordiana terpaksa membuat keputusan demikian untuk membersihkan namanya kerana isu berkenaan boleh menjejaskan nama serta reputasinya dan menyerahkan keputusan kepada pihak berkuasa.

Saya memang agak terkejut dan sedih serta perlu nasihat pakar iaitu peguam dalam hal ini.

Menurut peguamnya, mereka masih dalam proses membuat draf untuk menuntut semua individu terbabit membuat permohonan maaf dan notis berkenaan akan dikeluarkan pada Isnin ini. Namun jika mereka ingkar, pihak Siti Nordiana akan memfailkan saman.

Walaupun sesi Instagram Live mereka sudah dipadam, tapi sedutannya ada dimuat naik di Youtube. Segala perbualan memang ada merujuk kepada Nana dengan kenyataan berbaur fitnah. Kami sudah bincang untuk meneruskan untuk memberi notis tuntutan maaf daripada mereka nanti. Kami memberi tempoh masa 24 hingga 48 jam untuk mereka respon. Jika tidak, kita saman.

Sumber : Harian Metro

SKIP THIS AD ×