berita

Siti Nurhaliza Dapat Standing Ovation, Katherine McPhee Beli Kasut Baru! Ini 8 Momen Menarik Konsert Hitman: David Foster & Friends

August 13th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Penangan kunjungan komposer terkenal dunia, David Foster bersempena dengan konsert Hitman: David Foster & Friends yang berlangsung 7 Ogos lalu telah berjaya menawan hati lebih 3,000 peminat di Malaysia.

Artikel Berkaitan: Pendam Impian 9 Tahun, Siti Nurhaliza Syukur Satu Pentas Dengan David Foster

Corat-Coret

Mana tidaknya, konsert Hitman: David Foster & Friends anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) yang diadakan di Mega Star Arena, Plaza Sungei Wang itu telah berlangsung selama 2 jam lamanya dengan 23 dendangan lagu popular ciptaan Foster.

Lagu-lagu popular Foster telah dipersembahkan oleh penyanyi terkemuka dunia seperti Michael Bolton, Paebo Bryson, Loren Alred, Katherine McPhee serta penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Pelbagai momen menarik telah berlaku sepanjang konsert berlangsung dan bagi yang terlepas untuk menghadiri, OhBulan! ingin kongsikan kepada anda serba sedikit apa yang terjadi sepanjang konsert.

#1 Penonton datang seawal 7 petang

Meskipun konsert dijadualkan bermula jam 8.30 malam, namun seawal 7 petang lagi penonton sudah mula beratur di luar perkarangan dewan. Malah mereka kelihatan tidak sabar untuk masuk dan mengambil tempat duduk masing-masing.

#2 Throwback momen

Sebelum persembahan bermula, penganjur telah memainkan montaj yang memaparkan foto dan muzik video artis-artis terkemuka dunia yang menyanyikan lagu ciptaan Foster. Saat montaj dimainkan, penonton bersorak gembira kerana mengimbau kenangan lama yang mana kebanyakkan muzik video tersebut sangat popular sekitar tahun 90-an.

#3 Belanja 23 lagu hits

Pastinya sukar untuk pihak pengajur dan Foster sendiri untuk memilih lagu apa yang ingin dipersembahkan memandangkan kebanyakkan lagu ciptaannya begitu banyak yang popular dan hits.

Namun apa yang pasti, pilihan 23 lagu yang disenarai pendek dan dipersembahkan pada malam tersebut benar-benar menghiburkan serta membuat penonton turut sing along bersama.

Antara lagu yang dipersembahkan adalah Never Enough, A Whole New World, I swear, Power Of Love, How Am I Supposed To Live Without You, When A Man Love A Woman dan banyak lagi.

#4 Katherine McPhee pakai kasut baru

Usai Katherine McPhee menyampaikan lagu Cry Me A River, dia sempat berborak bersama penonton dengan mengatakan dirinya ketika itu sedang menggayakan kasut tumit baharu. Menurutnya, kasut tersebut baru sahaja dibeli di pusat membeli belah Pavillion.

#5 Standing ovation untuk Siti Nurhaliza

Meskipun ada nama-nama besar pada konsert berkenaan, namun yang paling dinantikan penonton adalah kemunculan penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Siti telah menyampaikan dua buah lagu iaitu Power Of Love dan Sehabat Matahari. Ternyata Siti berjaya memukau seluruh dewan menerusi lagu Power Of Love dan mendapat standing oviation daripada penonton dan Foster.

Tidak keterlaluan jika dikatakan, Siti berjaya membuktikan kehebatannya sebaris dengan penyanyi bertaraf antarabangsa. Malah, Siti sempat menyahut cabaran Foster untuk menyanyi beberapa baris lirik lagu All By Myself nyanyian asal Celine Dion.

#6 3 penonton bertuah

Seramai tiga orang penonton bertuah telah dipilih secara rawak oleh Foster sendiri untuk menyanyikan mana-mana lagu ciptaan komposer itu. Menariknya, ketiga-tiga penonton itu menyanyi sambil diiringi alunan piano yang dimainkan Foster, memang beruntung!

#7 Sissy Iman bagi album

Antara yang turut hadir pada konsert tersebut adalah penyanyi Sissy Iman. Bertuahnya Sissy apabila dia dapat merakam foto bersama Foster ketika komposer itu turun ke bawah pentas. Menariknya lagi, Sissy sempat menghadiahkan Foster album terbaharunya.

#8 Umur 70, Michael Bolton masih steady

Meskipun usia sudah mencecah 70 tahun, namun kehebatan penyanyi lagenda Michael Bolton masih terbukti jelas selepas menyampaikan lima buah lagu tanpa kelihatan sedikit pancit atau penat. Ternyata bakat Bolton tidak perlu disangkal lagi dan pujian harus diberikan kepada pelantun lagu How I Am Supposed To Live Without You itu.

SKIP THIS AD ×